Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Desa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Desa
Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Desa.jpg
Lokasi
Jalan Bomba, TANJONG KARANG, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah332698186
Kod sekolahBEB3080[1]
PengetuaPn Rohaidah Maslan
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikTn Hj. Ishak bin Saring
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn Jamaluddin Alqi
Faks332694213



Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Desa atau nama ringkasnya SMK Seri Desa, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Bomba.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Desa memiliki 465 pelajar lelaki dan 431 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 896 orang. Ia mempunyai seramai 80 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah penubuhan sekolah ini bermula pada 1 September 1957, sebagai sebuah sekolah teknikal dan pertukangan asas dengan nama "RURAL TRADE SCHOOL", Tanjong Karang, Selangor. Pengambilan pelajar-pelajar awal pada ketika itu adalah berasal daripada penempatan pelajar-pelajar tahun tiga daripada "Junior Collage of Arts and Technics", Kuala Lumpur.

Sekolah ini dibuka secara rasmi ada 11 Mei 1958 oleh Duli Yang maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sultan Sulaiman.

Sistem kurikulum bagi peringkat awal sekolah adalah menumpukan pada kemahiran binaan bangunan dan pertukangan kayu Disamping itu beberapa mata pelajaran tambahan juga diperkenalkan seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Pertanian dan Perdagangan. Kelas pembelajaran bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari kecuali pada hari jumaaat, kelas brakhir pada jam 11.00 pagi dan disambung semula dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang

Kemasukan pelajar adalah daripada pelbagai bangsa, kaum Melayu, Cina dan India. Pelajar perlu menamatkan pengajian selama tiga tahun untuk menjadi pekerja mahir dalam bidang teknik dan pertukangan. Jabatan-jabatan kerajaan yang memerlukan pekerja pada waktu itu adalah seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Parit dan Tali Air (JPT) dan Jabatan Telekom (JT)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Desa
Jalan Bomba
Selangor, Malaysia
Telefon = 332698186
Fax = 332694213


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]