Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun
Lokasi
 Malaysia Jalan Merbuk, Dungun, Malaysia, Dungun, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6098483993
Kod sekolahTEA1033[1]
Faks6098458117


Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun atau nama ringkasnya SMK Seri Dungun, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Merbuk, Dungun, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun memiliki 421 pelajar lelaki dan 366 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 787 orang. Ia mempunyai seramai 50 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tanggal 1 Mei 1987,tertubuhnya sebuah sekolah harian bagi mengisi ruang dan keperluan sektor pendidikan di Daerah Dungun. Sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun (SMKSED) ini terletak di Jalan Masjid dan berhadapan Pejabat Pelajaran Daerah Dungun telah beroperasi sepenuhnya pada bulan Jun 1987.

Asalnya bangunan sekolah ini merupakan 2 blok bangunan asrama putera dan puteri serta sebuah kantin.Bagi memenuhi tuntutan sebuah sekolah,kemudahan ini telah diubahsuai mengikut keperluannya. Pada peringkat awal, sebanyak 306 orang pelajar tingkatan 1 dan 2 dan 12 orang tenaga pengajar menjadi perintis di sekolah ini. 

Kini Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun tersergam indah dengan 6 blok bangunan yang dilengkapi dengan sebuah dewan besar,bengkel Kemahiran Hidup,Makmal Sains dan bilik-bilik Khas serta pelbagai prasarana yang menjadikannya sebuah sekolah serba lengkap dan kondusif.


Rentetan sejarah,Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun diterajui oleh pengetua pertama iaitu Drs Zainal bin Chik.Tempat beliau kemudiannya diambilalih oleh Pn Hjh Hazizah bt Mohd Salleh.Pembangunan sekolah seterusnya diterajui pula oleh pengetua ketiga iaitu Tn Hj Sau Hamid bin Sagarlar.Sehinggalah tarikh 15 Mac 2003 ,SMK Seri Dungun dimantapkan lagi dengan pimpinan pengetua ke-empat iaitu Allayarham Mohd Fauzi bin Ismail, Pengetua ke 5 Tuan Haji Zulkafar Bin Zakaria, Pengetua ke 6 Tuan Haji Mat Zali Bin Ismail, Pengetua ke 7 Tuan Haji Bakar bin Jusoh dan Tuan Haji Mohd Hanafi Bin Abd Mutalip

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

SMK Seri Dungun telah mencipta satu program untuk membentuk akhlak baik pelajar-pelajar melalui satu game iaitu Serindu Venture.

Program Serindu Venture ini terhasil pada tahun 2020

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun
Jalan Merbuk, Dungun, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6098483993
Fax = 6098458117

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]