Sekolah Menengah Kebangsaan Silabukan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Silabukan
Lokasi
Peti Surat 60715, 91116, Lahad Datu,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBERILMU PASTI BERJAYA
Nombor sekolah089-868121
Kod sekolahXEA3103
PengetuaAbdul Wahit Bin Ali Asgar
GPK Pentadbiran dan AkademikRoslan Bin Nayan
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridMogan A/L Iyannar
Penolong Kanan KokurikulumMohammad Fazil Bin Sunyi
Faks089-868122
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Silabukan atau nama ringkasnya SMK Silabukan, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di dalam Kawasan Rancangan Silabukan Peringkat 2, beralamat di: Peti Surat 60715, 91116 Lahad Datu, Sabah, Malaysia.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Silabukan memiliki 299 pelajar lelaki dan 293 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 592 orang. Ia mempunyai seramai 39 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Silabukan dinamakan semperna nama “Silabukan”, iaitu suatu kawasan perkampungan di mana ia terletak. Ia terletak di dalam kawasan Rancangan Silabukan Peringkat 2, lebihkurang 1 KM dari jalan utama Lahad Datu – Tungku dan lebihkurang 27 KM ke Pekan Lahad Datu. Sekolah ini ditubuhkan di atas tapak rezab Balai Polis Silabukan yang belum dibangunkan. Pada masa kini, bangunan sekolah baru telah dibina di atas tanah seluas 30 ekar dan terletak di Rancangan Silabukan Peringkat 2, iaitu 3 KM dari tapak lama(smk/sk Silabukan).

Pada sesi persekolahan yang pertama (1990-1991), jumlah pelajar hanyalah 184 orang. Ianya terdiri daripada 110 orang pelajar Tingkatan 1 dan 74 orang pelajar Tingkatan 2. Sebelum penubuhan SMK Silabukan, para pelajar ini menumpang di SMK Agaseh. Pada sesi kedua (1991-1992), bilangan pelajar telah meningkat kepada 340 orang. Pada Tahun 1992, buat pertama kalinya, seramai 90 orang pelajar telah menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP).

Pada awalnya, SMK Silabukan hanya mempunyai sebuah blok yang menempatkan 4 buah bilik darjah dan sebuah makmal. Makmal tersebut turut digunakan sebagai bilik darjah akibat pertambahan bilangan pelajar. Namun begitu, atas bantuan Jabatan Pendidikan, pelbagai prasarana baru telah dibina. Antaranya ialah kolah tadahan hujan berukuran 10’×12’×8’, garaj tempat meletak kereta, bilik tambahan untuk tujuan percetakan dan kelas tambahan serta bilik persalinan wanita. SMK Silabukan berpeluang memiliki kantin sendiri hanya pada bulan Julai 1991, iaitu atas sumbangan En Pandi Hj Ahmad.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Semakin hari semakin baik Mencintai pengetua tersayang

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Silabukan
Peti Surat 60715
91116, Lahad Datu
Sabah, Malaysia
Telefon = 089-868121
Fax = 089-868122

Pautan luar[sunting | sunting sumber]