Sekolah Menengah Kebangsaan St. John, Tuaran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan St. Serusup
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 248, 89208, Tuaran,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6088788354
Kod sekolahXFE4353
Faks6088793601


Sekolah Menengah Kebangsaan St. John (M) atau nama ringkasnya SMK St John (M), merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 248.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan St. John (M) memiliki 400 pelajar lelaki dan 352 pelajar perempuan , menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 706 orang. Ia mempunyai seramai 51 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini dinamakan sebagai SEKOLAH MENENGAH SAINT JOHN sempena nama ST JOHN OF THE APOSTLES. Ia bermula sebagai Sekolah Mission Katolik. Setelah tamat perang dunia pertama, Fr. Groote tiba di Tuaran dan menubuhkan Sekolah mission St. John di Tanjung. Sebuah bilik kecil bersebelahan dengan gereja telah diperuntukkan untuk katekisme. Lalu, bangunan tersebut telah musnah semasa perang dunia kedua.

Selepas perang dunia kedua, Fr. Terpestra memperolehi sebidang tanah berhadapan dengan gereja. Di sinilah sebuah sekolah rendah telah dibina dalam tahun 1945.

Pada tahun 1958, Sekolah Menengah St. John Tuaran telah dibina. Pengetua yang pertama ialah Fr. Van Der Geest. Beliau berkhidmat dari tahun 1957 hingga tahun 1963.Selepas itu, tempat beliau diambil alih oleh Fr. Hushen yang bertugas dari tahun 1963 hingga tahun 1965. Fr. Peter Windram pula mengambil alih jawatan pengetua dari tahun 1965 hingga tahun 1969. Encik Hiew Choi Tung telah dilantik sebagai pengetua baru dari tahun 1969 hingga tahun 1987. Pada tahun 1987, Puan Penny Lim telah dilantik sebagai pengetua baru sehingga tahun 1998. Encik Micheal Baikan telah dilantik sebagai pengetua dari tahun 1998 sehingga 2006 dan beralih kepada Puan Ngiam Eng Hong dari tahun 2006 hingga kini(2013). Beliau merupakan pengetua cemerlang yang pertama yang berkhidmat di sekolah ini.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan St. John (M)
Peti Surat 248
89208, Tuaran
Sabah, Malaysia
Telefon = 6088788354
Fax = 6088793601

Pautan luar[sunting | sunting sumber]