Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph, Kuching

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph (M)
Lokasi
Jln Tun Abang Hj Openg, 93000, Kuching,, Sarawak Bumi Kenyalang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoOra et Labora
Nombor sekolah6082240885
Kod sekolahYFB1202[1]
PengetuaEn. Henry Chai
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. James Chen
Penolong Kanan KokurikulumEn. Johnny Lim
Faks6082245151
Map


Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph (M) atau nama ringkasnya SMK St Joseph (M), merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jln Tun Abang Hj Openg.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph (M) memiliki 1537 pelajar lelaki dan 51 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1588 orang. Ia mempunyai seramai 107 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Father Aloysius Goossens merupakan seorang mubaligh Kristian dari persatuan 'Mill Hill Missionaries' yang berasal dari Mill Hill, London. Pada usia kurang 20 tahun, beliau telah dihantar ke luar negara dan ditugaskan untuk menyebarkan agama Kristian ke negara-negara lain yang belum lagi tahu mengenai agama tersebut. Pada tahun 1881, Father Aloysius bersama beberapa orang mubaligh yang lain telah sampai ke Sarawak menggunakan kapal dan telah disambut mesra dan dengan hati yang terbuka oleh Sultan Brunei pada masa itu. Pada tahun 1882, Father Aloysius telah datang ke Kuching dengan hasrat untuk membina dan membangunkan sebuah sekolah untuk remaja-remaja lelaki berdekatan dengan Gereja St. Joseph yang baru sahaja dibina atas cadangan ahli-ahli lembaga "Mill Hill Missionaries". Pada sekitar bulan April tahun yang sama, Sekolah St. Joseph dengan rasminya telah ditubuhkan oleh beliau untuk remaja-remaja lelaki yang hendak menganuti agama Kristian. Selain daripada jasanya dalam pembentukan agama dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, beliau juga telah banyak menyebarkan agama Kristian kepada penduduk negeri Sarawak seperti yang diharapkan oleh persatuan "Mill Hill Missionaries" sejak penubuhannya pada tahun 1866 oleh Cardinal Herbert Vaughan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph (M)
Jln Tun Abang Hj Openg
93000, Kuching
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6082240885
Fax = 6082245151

Pautan luar[sunting | sunting sumber]