Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolah KEA3113
Lokasi Sungai Petani08000, Sungai Petani,, Kedah Darul Aman,  Malaysia
Telefon 6044239581
Faks 6044233841


Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar atau nama ringkasnya SMK Sungai Layar, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Sungai Petani.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar memiliki 995 pelajar lelaki dan 985 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1980 orang. Ia mempunyai seramai 121 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar (SMKSL) memulakan pengajiannya pada 1 Disember 1994.  Pada waktu itu SMKSL ditempatkan atau menumpang di Blok F, Sekolah Menengah Ibrahim, Sungai Petani, Kedah.  Pengajaran dan pembelajaran hanya dijalankan pada sesi petang sahaja.  Pada peringkat awal penubuhannya, hanya terdapat enam kelas tingkatan 1 dengan jumlah pelajar seramai 223 orang.  Tenaga pengajar pula seramai 13 orang.  Pengetua pertama ialah Puan Hajah Subidah binti Haji Abdul Rahman.


Tanggal 29 November 1995, semua pelajar dan guru yang menumpang di Sekolah Menengah Ibrahim telah berpindah ke sekolah atau bangunan baru di Sungai Layar Hujung.  Pada peringkat awal, hanya Blok A, B dan C sahaja yang boleh digunakan.  Pada waktu itu SMKSL hanya mempunyai lapan kelas Tingkatan 1 dan enam kelas Tingkatan 2.


Pada 5 Januari 1996, pendaftaran pelajar tingkatan 4 bermula. Pelajar-pelajar tersebut adalah merupakan sekumpulan pelajar Tawaran Khas Jabatan Pendidikan Negeri dari beberapa buah sekolah dalam daerah Kuala Muda Yan. 

Mulai tahun berikutnya, SMKSL telah mencipta nama dalam pelbagai bidang di peringkat daerah dan juga negeri sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum.  SMKSL juga menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara baik peringkat daerah mahupun peringkat  kebangsaan.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar
Sungai Petani
08000, Sungai Petani
Kedah, Malaysia
Telefon = 6044239581
Fax = 6044233841

Pautan luar[sunting | sunting sumber]