Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rawang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rawang
Lokasi
Sungai Pelek, SUNGAI PELEK, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah331411039
Kod sekolahBEA9601
Faks331411039


Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rawang atau nama ringkasnya SMK Sungai Rawang, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Sungai Pelek.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rawang memiliki 302 pelajar lelaki dan 272 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 574 orang. Ia mempunyai seramai 50 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah awal sekolah ini bermula pada tahun 1964 hingga 1965, dikenali sebagai Sekolah Menengah Aneka Jurusan dan menumpang di sekolah rendah. Pengetua pada masa itu ialah Encik Mat Nor Bin Salib. Pada tahun 1966 - 1977, sekolah ini dikenali sebagai Darjah Menengah Kebangsaan (DMK) yang menumpang di SMK Sungai Pelek.

Pada tahun 1978 semua pelajar DMK dipindahkan ke SMK Sungai Rawang di bawah pentadbiran pengetua Encik Miskam Bin Ngadi. Sekolah ini pada awalnya mempunyai 6 buah kelas dengan seramai 180 orang pelajar dan 10 orang tenaga pengajar. Sekolah ini dirasmikan dengan sempurnanya oleh Dato' Musa Bin Hitam, Menteri Pelajaran pada masa itu.

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

   NAMA                                                                  TAHUN BERKHIDMAT
  1. Encik Mat Nor Bin Salib 1964 - 1965
  2. EncikMiskam bin Ngadi Jan 1966 - Dis 1979
  3. Encik Zainol Abidin bin Ismail Jan 1980 - Julai 1982
  4. Encik Ramlan bin Hamzah Ogos 1982 - Nov 1982
  5. Encik Solehan bin Remot Dis 1982 - April 1987
  6. Encik Sarwan bin Sahit Mei 1987 - Mei 1992
  7. Encik Mohd Dali bin Mat Jun 1992 - Jan 1993
  8. Encik Zulkifli bin Ismail Feb 1993 - Okt 1994
  9. Encik Hamzah bin Mad Jamil Nov 1994 - Mac 1998
  10. Encik Abd Wahid bin Takat April 1998 - Nov 1998
  11. Encik Muskamal bin Jonan Dis 1998 - Jun 2004
  12. Pn. Norhayati binti Ahmad Nov 2004 - Dis 2004
  13. Pn. Hjh. Norhayati bt Abu Bakar Julai 2005 - Jun 2012
  14. Encik Mohd Amin Bin Jani Dis 2012 - Nov 2015
  15. Pn. Hjh. Habshah binti Muhammad Nov 2015 - Jan 2017
  16. .Encik Mohd Amin Bin Misnoh Feb 2017 - Jun 2020
  17. Encik Mohd Isa Bin Sulaiman Julai 2020 - sehingga kini

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rawang
Sungai Pelek
Selangor, Malaysia
Telefon = 331411039
Fax = 331411039

Pautan luar[sunting | sunting sumber]