Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bunga Raya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


SMK Taman Bunga Raya (1)
Lokasi
Rawang
Malaysia
Maklumat
PengetuaPn Nor Hapipah binti Abu Hanif
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Supiah Senin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Azhar bin Hasan
Penolong Kanan KokurikulumEn. Mohd Ariff bin Mohd Sharif
Laman sesawang

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1) atau dikenali sebagai SMK TaBuRa (1) terletak di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor. Letaknya bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya(1). SMK TBR1 beroperasi sebagai sebuah sekolah menengah harian yang semakin bertambah bilangan pelajarnya dan akan menjadi antara sekolah terbesar di dalam daerah Hulu Selangor.

Pengenalan sekolah[sunting | sunting sumber]

SMK Taman Bunga Raya(1) Mula beroperasi pada 6 Januari 2003 dengan bilangan guru seramai 24 orang dan pelajar berjumlah 334 orang. Pelajar yang diterima pada tahun pertama ialah pelajar tingkatan 1, 2 dan 4. Pada tahun kedua (2004), bilangan pelajar meningkat kepada 653 orang yang terdiri dari tingkatan 1 hingga 5. Jumlah pelajar terus meningkat lagi pada tahun ketiga beroperasi (2005) iaitu seramai 948 orang pelajar dengan bilangan tenaga pengajar seramai 56 orang. Hari ini dengan jumlah tenaga pengajar seramai 80 orang guru siswazah, SMK TBR1 terus beroperasi sebagai sebuah sekolah menengah harian yang semakin bertambah bilangan pelajarnya dan akan menjadi antara sekolah terbesar di dalam daerah Hulu Selangor.

Dari segi prasarana terdapat sebuah blok pentadbiran dan lima blok yang menempatkan bilik darjah, makmal komputer, makmal sains dan bengkel selain kantin dan dewan serbaguna. Pada 16 April 2003, pengetua pertama En. Rajahram Ramalingam telah melaporkan diri. Beliau memegang prinsip untuk menjadikan SMK TBR(1) sebuah sekolah yang terbaik di daerah ini sama ada dalam bidang akademik, sahsiah mahupun kokurikulum. Walau bagaimana pun beliau berkhidmat disekolah ini hanya 2 tahun sahaja kerana genap 1 Jun 2005 beliau telah bersara. Tugas beliau telah disambung pula oleh En. Zainal Abidin Mohd.Yusof bermula Ogos 2005 hingga kini. Namun En. Zainal Abidin hanya berkhidmat diSMK TBR 1 selama 9 bulan sahaja apabila beliau mendapat tawaran berkhidmat menjadi pengetua di SMK Gedangsa. Tugas beliau telah disambung oleh Pn Hajah Jamilah Hussien bekas PK1 SMK Bandar Sungai Buaya.Pada awal bulan April 2013 ini, tugas Pn Hajah Jamilah telah disambung oleh bekas Pengetua dari SMK Gedangsa iaitu Pn Nor Hapipah Binti Abu Hanif dan Pn Hajah Jamilah telah ditugaskan di SMK Sungai Choh.

senarai nama pengetua sekolah[sunting | sunting sumber]

1) En.Rajahram Ramalingam. 2) En.Zainal Abidin Mohd.Yusof. 3) Pn.Hajah Jamilah Hussien. 4) Pn.Nor Hapipah Abu Hanif.

Carta Organisasi SMKTBR(1)[sunting | sunting sumber]

PENGETUA - Pn.Nor Hapipah Binti Abu Hanif. PENOLONG KANAN KURIKULUM - Pn.Supiah Binti Senin. PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID - En.Che Zainuddin Bin Che Mohd Noor. PENOLONG KANAN KOKURIKULUM - En.Azhar Bin Hassan. PENYELIA PETANG - Pn.Norziah Binti Ithnin. KAUNSELOR - 1) Pn.Rohaida binti Abd Ghani.

           2) Pn.Sabariah Binti Buyong.
           3) Cik Hamidah Binti Hussain.
           4) Pn Ayanur Asyura Binti Zakaria 

KETUA UNIT BAHASA - Pn.Zubaida Beeham Packeer Binti Mohamad. KETUA UNIT SAINS DAN MATEMATIK - Pn.Syarifah Aimi Binti Syed Adnan. KETUA UNIT SAINS SOSIAL - Pn.Norazma Binti Mohd Zain. KETUA UNIT TEKNIK VOKASIONAL - Pn.Norizah Binti Abdul Rahman. KETUA-KETUA PANITIA -

 BAHASA MALAYSIA - Pn.Fairos Binti Yacob.
 BAHASA INGGERIS - Pn.Rozana Binti Che Salleh.
 SAINS - Pn.Arshnah Melati Binti Arshad.
 SEJARAH - Pn.Zuraifah Binti Abdul Kadir.
 PENDIDIKAN ISLAM - Pn.Siti Rahmah Binti Mohd Akhir.
 PENDIDIKAN MORAL - Pn.Norliza Binti Zainuddin.
 MATEMATIK - Pn.Che Mashitoh Binti Sabu.
 FIZIK - Pn.Asmaraniey
 KIMIA - Pn.Che Noraini Binti Che Ibrahim.
 BIOLOGI - Pn.Mahani Binti Tauhid.
 MATEMATIK TAMBAHAN - Pn.Noorhaslinda Binti Md.Halim.
 PRINSIP AKAUN - Pn.Norazlina Binti Mohamad.
 EKONOMI ASAS - Pn.Zainab Binti Misiran.
 PERDAGANGAN - Pn.Fatimah Binti Bakar.
 GEOGRAFI - Khairunisah Binti Kamari.
 KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU - Pn.Zasmani Binti Mohd Noor.
 SIVIK - En.Nik Firdaus Bin Mohd Fauzol.
 PEND.SENI VISUAL - Pn.Ruhani Binti Yusoff.
 TASAWWUR - Pn.Ramlah Binti Mohd Ariff.
 BAHASA TAMIL - En.Moorthy Sandanam.
 PJK - En.Khairuddin Bin Mohid.
 ICTL - Pn.Zamrah Binti Mokhtar.

AKTIVITI 2013[sunting | sunting sumber]

MINGGU KE 13.

1) Mesyuarat Guru Kali ke 3 (9/4/2013) 2) Perjumpaan Unit Beruniform/Unit Permainan (10/4/2013) 3) LADAP 2 (13/4/2013) 4) Majlis Dialog Bersama Guru- Guru dari Magellang Indonesia da SMK Bukit Sentosa 2.

Visi dan Misi[sunting | sunting sumber]

Visi Sekolah[sunting | sunting sumber]

SMKTBR(1) Ke Arah Sekolah Harian Unggul.

Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

1) Membestarikan Semua Sistem Pengurusan Sekolah. 2) Memantapkan Proses Pembelajaran Dan Pengajaran. 3) Melahirkan Modal Insan Dengan Sahsiah Terpuji. 4) Meningkatkan Penglibatan Murid Dalam Bidang Kokurikulum. 5) Memastikan Fizikal Dan Persekitaran Sekolah Selamat Dan Kondusif.

Moto Sekolah[sunting | sunting sumber]

Berilmu , Berdisiplin & Berbakti.

Matlamat Sekolah[sunting | sunting sumber]

Mewujudkan sekolah yang berkesan demi melahirkan pelajar yang kamil dan cemerlang dalam bidang akademik, sukan dan sahsiah.

Piagam Sekolah[sunting | sunting sumber]

Kami warga SMKTBR(1) sentiasa bersedia dan berjanji :-


Memberikan pendidikan yang bersifat semasa, cemerlang dan menyeluruh ke arah pembangunan insan bestari.

Mewujudkan iklim sekolah bersifat penyayang, positif dan responsif agar proses pengajaran dan pembelajaran berkesan terlaksana dengan jayanya.

Berazam dan bertanggungjawab meninggikan mutu perkhidmatan untuk mempertingkatkan imej sekolah,jabatan dan kementerian pelajaran setiap masa.

Berusaha memberi layanan adil dan mesra kepada ibu bapa dan pelanggan-pelanggan sekolah disamping bersedia menerima teguran, pandangan dan cadangan yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]