Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
SMK Taman Desa
Panorama SMK Taman Desa
Alamat
Jalan Desa Bakti, Off Jalan Klang Lama
58100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
[[ Malaysia]]
Maklumat
JenisSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoBerilmu dan Berbakti
Ditubuhkan5 Januari 1981
PengetuaEn. Aminuddin bin Abu Bakar
Tenaga pengajar100
Jumlah penuntut1237 (632 lelaki, 605 perempuan)
Nisbah penuntut ke guru12:1
Saiz kampus40,294 meter persegi
Slogandoo doo (sebelumnya Kami Cemerlang, SMKTD Terbilang!)
LaguBerilmu dan Berbakti
Yang Dipertua PIBGEn. Chang Kim Loong AMN
Kod SekolahWEA0212[1]
Telefon0379823058
Faksimili0379847314
Laman sesawang

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa yang sering dikenali sebagai SMKTD merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Desa Bakti, Off Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

SMK Taman Desa merupakan sekolah menengah pertama yang ditubuhkan di kawasan perumahan Taman Desa.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pelopor dan perintis utama SMK Taman Desa ialah Drs. Hanapiah bin Sudin, En. George F. Menezes sebagai penolong kanannya berserta 10 orang guru di samping seorang kerani dan dua orang pekerja am. SMK Taman Desa dibuka pada 5 Januari 1981 dengan menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Overseas Union Garden selama 5 bulan 9 hari kerana bangunan sekolah SMK Taman Desa masih belum siap dibina. Bilangan murid ketika itu adalah seramai 348 orang dan bilangan kelas pula adalah sebanyak 9 kelas (7 kelas peralihan dan 2 kelas tingkatan 1). 99% daripada murid adalah daripada aliran Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina).

Walau bagaimanapun pada 15 Jun 1981, sekolah telah mendapat pertambahan sejumlah 67 orang murid dari SMK Sri Sentosa dan ini meningkatkan jumlah bilangan muridnya ke angka 415 orang. Pertambahan bilangan murid telah menyebabkan peningkatan satu kelas tingkatan 1. Pada 15 Jun 1981, SMK Taman Desa dibuka secara rasmi untuk memberi perkhidmatan pendidikan di bangunan sekolah sendiri. SMK Taman Desa mempunyai keluasan kira-kira 40,294 meter persegi dengan keluasan kawasan berumput seluas 8,185 meter persegi.

Pada asalnya, SMK Taman Desa mempunyai 7 bangunan utama yang dinaik taraf dari semasa ke semasa. Encik Hoong Siew Cheong merupakan Yang Dipertua PIBG yang pertama.

Visi dan Misi[sunting | sunting sumber]

Visi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.

Misi Sekolah[sunting | sunting sumber]

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Matlamat Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Melahirkan pelajar yang bersikap positif terhadap pelajaran dan sentiasa bersedia untuk menambahbaikkan prestasi yang sedia ada.
  • Melahirkan pelajar yang berdisiplin dan berhemah tinggi melalui konsep penambahbaikan sahsiah diri secara berterusan.
  • Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif melalui pemupukan budaya bersih, ceria dan selamat, komunikasi mesra dan budaya kerja cemerlang dalam kalangan warga sekolah.

Falsafah Sekolah[sunting | sunting sumber]

SMKTD berpegang kepada prinsip PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN ke arah melahirkan anak didik yang berketrampilan dan bersahsiah tinggi sejajar dengan FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA.

Objektif Sekolah[sunting | sunting sumber]

  • Menambah baik kuantiti dan kualiti pencapaian akademik murid.
  • Menambah baik kuantiti dan kualiti pencapaian kokurikulum.
  • Menambah baik pengurusan HEM demi kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid.
  • Meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid secara berterusan.
  • Menanam sikap positif dan peka terhadap pentingnya mencapai kecemerlangan ilmu.

Piagam Pelanggan Sekolah[sunting | sunting sumber]

Kami warga sekolah SMKTD dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan menawarkan perkhidmatan pendidikan cemerlang dengan:

  • Menyediakan program pendidikan berkesan berdasarkan kurikulum kebangsaan untuk memenuhi keperluan dan kehendak murid.
  • Menyediakan peluang pendidikan yang sama kepada semua murid.Merancang dan melaksanakan program peningkatan akademik dan kokurikulum dalam usaha menambah baik pencapaian murid secara berterusan.
  • Menyediakan program pembangunan sahsiah untuk pembentukan akhlak dan jati diri murid.
  • Menyediakan suasana pengajaran-pembelajaran yang kondusif berlandaskan konsep 3K (keselamatan, kebersihan, keceriaan).
  • Mematuhi arahan-arahan dan pekeliling daripada JPWP dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Menyediakan data-data dan maklumat terkini seperti yang diperlukan oleh stakeholder dari semasa ke semasa.
  • Memberikan layanan mesra kepada semua ibu bapa dan individu yang memerlukan perkhidmatan sekolah pada setiap masa.
  • Memastikan integriti profesion keguruan sentiasa terpelihara.

Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Lagu rasmi sekolah ‘BERILMU DAN BERBAKTI’ telah diilhamkan oleh bekas pengetua SMK Taman Desa, Drs. Hanapiah b. Sudin dengan gubahan muziknya oleh En. Wazata Zain. Logo sekolah yang bercogankatakan ‘BERILMU DAN BERBAKTI’ juga hasil reka bentuk Pengetua sendiri dan menjadi lambang identiti kebanggaan dan keagungan warga sekolah.

Berilmu dan Berbakti[sunting | sunting sumber]

Bersatu kita maju
Berpisah kita punah
Bendera kita SMKTD
Berkibar maju jaya
Putera puteri bangsaku
Cekal, gagah, berani
Perjuangan kita untuk bangsa
Menuju medan bakti
Pencapaian dipuja
Berilmu dan berbakti
Kembang mekar di taman
Wangi sepanjang zaman
Bersatu kita maju
Berpisah kita punah
Bendera kita SMKTD
Berkibar maju jaya

Lencana Sekolah[sunting | sunting sumber]

Warna putih, biru, kelabu dan bendera Malaysia melambangkan tiga kaum yang terbesar di negara ini. Selain itu, lambang bendera mendukung semangat bekerjasama dan bersatu padu dalam menjunjung dan mempertahankan kedaulatan negara.

Warna biru melambangkan keharmonian yang wujud antara guru, murid dan kakitangan SMKTD.

Warna putih melambangkan kemurnian ilmu pengetahuan sebagai wadah pendidikan kepada generasi muda yang masih suci jiwa dan pemikirannya.

Jalur Gemilang melambangkan keagungan dan kedaulatan.

Buku melambangkan pendidik yang penuh berilmu dan buku sendiri sebagai sumber ilmu bergabung untuk membangunkan insan (murid) yang kamil.

Reka bentuk lencana ini dihiasi oleh tiga pancaran simbol iaitu buku, pemisahan rona warna putih dan biru serta lingkaran bujur sireh melambangkan keagungan negara yang berdaulat dan merdeka.

Pengetua dan Yang Dipertua PIBG[sunting | sunting sumber]

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

Tahun Pengetua
1981–1984 Drs. Mohd Hanapiah b. Sudin
1985–1986 En. Phua Ser Chew (Memangku)
1986–1991 Tuan Hj. Senan b. Hj. Wahid
1991–1992 En. A. Ratnam
1992–1995 Tuan Hj. Wan Mohd Kasim b. Wan Abu Bakar
1995–1999 En. Ibrahim b. Hj. Hamid
1999–2004 Pn. Ong Guan Siew
2004 Pn. Phoon Pooi Lan (Memangku)
2004–2007 En. Chan Beng Tuan
2007–2012 En. Gan Peng Kheang
2012-2016 Pn. Sumarni bt. Junin
2017 En. Mohd Aminudin B Abu Bakar
2018--- En. Mohd Yusof B Ibrahim

Senarai Yang Dipertua PIBG[sunting | sunting sumber]

Tahun Yang Dipertua PIBG
1982–1983 En. Hoong Siew Cheong
1984–1988 Pn. Jannie Chew Kar Sin
1988–1992 Pn. Helen Chua Hung Jua
1992–1994 En. Mok Kam Seng
1994–1996 Pn. Leong Poh Geok
1996–2003 Dato' Ho See Sin
2003–2004 Pn. Tan Lin Sing
2004–2006 En. Christie R. Daniels
2006–2011 En. Chang Kim Loong AMN
2011–2012 Dr. Tiew Chew Ming
2012–2013 En. Chang Kim Loong AMN
2013–2014 En. Philip Phang Kin Ming
2014— En. Chang Kim Loong AMN

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pencapaian PMR[sunting | sunting sumber]

Tahun Gred Purata Sekolah
2009 2.39
2010 2.38
2011 2.55
2012 2.45
2013 2.39

Pencapaian SPM[sunting | sunting sumber]

Tahun Gred Purata Sekolah
2010 4.70
2011 4.25
2012 3.97
2013 4.20
2014 4.17

Pencapaian STPM[sunting | sunting sumber]

Tahun Gred Purata Sekolah
2011 2.63
2012 2.43
2013 2.68
2014 2.81

[2]

  1. ^ Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri
  2. ^ SMK Taman Desa. 2015. SMK Taman Desa. [ONLINE] Available at:http://www.smktamandesa.edu.my/. [Accessed 23 June 2015].

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]