Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa 2鸡你太美
Lokasi
 Malaysia Bandar Country Homes, RAWANG, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoDisiplin, Kualiti, Cemerlang
Nombor sekolah367337872
Kod sekolahBEA7621
Pengerusi PIBGEncik Yazid
Pengetua1.Puan Hajah Naaimah bt Ismail (2008-2011)

2.Puan Hajah Jamaliah (2012-2019) 3.Puan Aliza binti Mohd Ali (2019-2023)

4.Tn Hj Kamarudin bin kudong(2023 hingga kini)
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Rosita bt Sabli
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Suhaida bt Shamsuddin
Penolong Kanan KokurikulumPuan Norishah bt Ismail
Faks367337870


Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa 2 atau nama ringkasnya SMK Taman Desa 2, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Bandar Country Homes.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa 2 memiliki 562 pelajar lelaki dan 555 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1117 orang. Ia mempunyai seramai 62 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ditubuhkan pada 1 Januari 2008 dan kini telah memasuki tahun kesembilan (2016) penubuhannya. Berbekalkan moto disiplin kualiti cemerlang, sekolah ini terus mengorak langkah maju ke hadapan.

Pada tahun 2008, sekolah ini hanya mempunyai 33 orang guru termasuk pentadbirnya manakala pada tahun 2009 bilangannya telah bertambah menjadi 62 orang guru,dan jika dikira pada tahun lepas bilangan peningkatan guru telah bertambah menjadi 87 orang.Manakala staf sokongan juga telah bertambah daripada 3 orang guru kepada 6 orang. Kini, bilangan guru dan juga staf di SMK Taman Desa2 telah meningkat kepada lebih 100 orang.

Selain itu peningkatan bilangan pelajar yang begitu ketara apabila SMK Taman Desa2 mula beroperasi dengan jumlah pelajar pertamanya 511 orang meliputi Tingkatan Peralihan,Satu,Dua dan Empat sahaja. Untuk tahun kedua (2009) bilangan pelajar telah bertambah ke 1132 orang dan tahun 2010 jumlahnya telah bertambah lagi kepada 1148 orang yang melibatkan pelajar Tingkatan Satu,Dua,Tiga,Empat,Lima dan juga Pendidikan Khas. Kesan pertambahan murid pada tahun 2010,maka dibuka persekolahan pada sesi petang.

Kelas KAA mula ditubuhkan pada tahun 2014 yang hanya mempunyai 1 kelas sahaja. KAA di sekolah ini ditubuhkan oleh En. Marzuki Mohd Noor. Pada tahun 2016, kelas KAA sudah mempunyai 3 kelas iaitu untuk tingkatan 1, tingkatan2 dan tingkatan 3. Kelas KAA juga mempunyai kemudahan iaitu mempunyai penghawa dingin di dalam kelas. Tujuannya untuk memberi murid KAA selesa dan dapat belajar dengan lebih perhatian. Kelas lain tiada penghawa dingin, hanya khas untuk KAA.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Keputusan PMR 2009 telah diumumkan pada 24 Disember 2009. Seramai 214 calon SMK Taman Desa 2 telah menduduki peperiksaan ini. Keputusan sekolah adalah 68.84%. 13 orang pelajar mendapat 8A, 9 orang pelajar mendapat 7A,6 orang mendapat 7A1B dan 3 orang mendapat 6A1B.

Seramai 96 calon telah menduduki Peperiksaan SPM 2009. Pelajar-pelajar ini merupakan generasi sulung yang menduduki peperiksaan di SMK Taman Desa 2. Keputusan sekolah ialah 78.13%. Dua orang calon iaitu Maznah Bt. Husin dan Muhammad Badri telah memperolehi 7A dalam peperiksaan ini.

  1. Pencapaian pada tahun 2010 dan 2011 tidak diketahui#


Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa 2
Bandar Country Homes
Selangor, Malaysia
Telefon = 367337872
Fax = 367337870

Pautan[sunting | sunting sumber]