Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat
JenisSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolahBEA7606
LokasiJalan Enggang Timur 4 KUALA LUMPUR, Selangor,  Malaysia
Telefon342579837
Faks342574344


Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat atau nama ringkasnya SMK Taman Keramat, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Enggang Timur 4.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat memiliki 626 pelajar lelaki dan 613 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1239 orang. Ia mempunyai seramai 82 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

KERAMAT (SMART) mula beroperasi pada bulan Januari 1979 dan buat permulaan telah menumpang di SM Perempuan Jalan Ampang dan Sekolah Menengah Seri Ampang. Ketika itu, sekolah ini dipanggil dengan nama singkatannya SMKTK dan mempunyai 7 buah kelas tingkatan 1 dan 2 buah kelas tingkatan 2 yang dijalankan pada sesi petang sahaja. Bilangan pelajar hanya seramai 429 orang dan 13 orang guru, SMKTK dan terus berkembang di bawah pengetuanya yang pertama En. Sahardat b. Baharuddin. Antara tahun 1980 hingga 1981, sekolah ini terus menumpang di sekolah-sekolah tersebut dan kemudiannya berpindah ke Sekolah Rendah Taman Keramat.

    Pada tahun 1982, bangunan sekolah siap dibina, dilengkapi dengan 2 buah blok bangunan 3 tingkat, 1 bengkel dan sebuah bangunan kantin. Bilangan pelajar telah meningkat seramai 892 dan guru seramai 33 orang, sebanyak 22 buah kelas telah dibuka dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4. pada bulan Mei 1982, sekolah ini telah menerima khidmat Pengetua yang baru, iaitu En. Zainal Abidin b. Mokhtar.

    SMK Taman Keramat terus berkembang pesat dari segi pembangunan fizikal, keceriaan, bilangan guru, akademik dan kokurikulum. Pada tahun 1983, bilangan pelajarnya sudah mencecah 1100 orang dengan bilangan guru seramai 46 orang. Seterusnya, sekolah ini mendapat khidmat daripada dua orang lagi Pengetua, iaitu Tn. Haji Hashim b. Zakaria (April 1988 hingga Jun 1989) dan En. Mohamad Any b. Sujak (Julai 1989 hingga Oktober 1990). Pada tahun 1993, sekolah ini sudah mempunyai lima blok bangunan untuk menampung pertambahan pelajar termasuklah blok baharu untuk pusat sumber sekolah. Sekolah turut diperindah dengan taman-taman yang diusahakan oleh pelajar, guru-guru dan pekerja sekolah ini.

    Sekolah ini menempa sejarah apabila menerima seorang pengetua perempuan, iaitu Pn. Hajah Saripah bt. Paidi. Beliau telah menukar nama singkatan SMKTK kepada SMART selaras dengan budaya kerja “Work Hard and Work Smart”. Sekolah ini telah dinaikkan taraf ke gred A pada 1 Jun 1994. Pada 1 Februari 1995, SMART menerima seorang pengetua baru, iaitu Pn. Sharifah Rohani bt. Syed Ibrahim. Disamping menyambung budaya “Work Hard and Work Smart”, beliau turut menekan prinsip “sekolah adalah satu keluarga”. Beliau telah berkhidmat selama lapan tahun dan bersara wajib 5 Mac 2003.

    Sejak itu, Pn. Noraini bt. Mohd Lasim (Penolong Kanan) telah memangku tugas sebagai Pengetua sehingga ketibaan Pn. Latifah bt. Mohd Isa pada 16 September 2003. Beliau menekankan amalan kerja berpasukan dalam kalangan semua warga SMART ke arah mencapai “Sekolah Cemerlang, Gemilang dan Terbilang”. Banyak perubahan yang telah dilakukan oleh beliau sehingga berjaya mengangkat nama SMK Taman Keramat sebagai sekolah Harapan Negara peringkat negeri Selangor. Pentadbiran SMART diteruskan dengan kehadiran pengetua baharu, iaitu Pn. Rihan bt. Mohd Salleh dari SMK Gombak Setia. Banyak detik kejayaan diraih. Pada tanggal 3 Mac 2009, pihak sekolah telah menerima pula kehadiran Pn. Normah bt. Omar selaku Pengetua yang ke-8. Beliau banyak melakukan perubahan dari segi kurikulum dan kokurikulum.

    En. Murseidy b. Ab. Hamid pula menjadi pengetua yang baharu setelah menggantikan Pn. Normah bt. Omar selaku pengetua ke-9 pada 16 Februari 2011. Pada tahun 2012, SMART telah mempunyai seramai 1,069 orang pelajar dengan 87 orang tenaga pengajar. Banyak kemudahan prasarana diadakan untuk kemudahan seluruh warga SMART. Semoga SMART terus melakar kejayaan yang lebih cemerlang.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Calon Sekolah Harapan Negara Tahun 2007

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat
Jalan Enggang Timur 4
Selangor, Malaysia
Telefon = 342579837
Fax = 342574344

Pautan luar[sunting | sunting sumber]