Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pauh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pauh
JenisSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Kod sekolahKEA4063
Lokasi Malaysia Jalan Jitra 06000, Jitra,, Kedah Darul Aman, Malaysia
Nama singkatanSMKTP
Telefon6049177720
Faks6049177720


Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pauh atau nama ringkasnya SMK Tanjung Pauh, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Jitra.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pauh memiliki 497 pelajar lelaki dan 387 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 884 orang. Ia mempunyai seramai 78 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMKTP ditubuhkan pada awal sesi persekolahan 1989/1990. Asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Darulaman. Ketika penubuhannya, sekolah ini mempunyai 11 orang guru dengan pelajar seramai 116 orang daripada 4 kelas. Pengetua yang pertama ialah Encik Hasyim bin Darus.

Pada tahun 1990, nama sekolah ditukar kepada Sekolah Menengah Tanjung Pauh. Pada masa itu, sekolah ini masih belum mempunyai bangunan sendiri. SMKTP hanya menumpang atau berkongsi bangunan dengan Sekolah Menengah Tunku Anum Abdul Rahman, Tok Jalai, Kedah Darul Aman.

Pada penghujung tahun 1992, buat pertama kali seramai 112 pelajar Tingkatan Tiga menduduki Peperiksaan Sijil Rendah (SRP). Seterusnya pada tahun 1993, seramai 80 orang pelajar menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang pertama. Pada tahun 1995 pula, buat pertama kali pelajar SMKTP menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan calon seramai 34 orang.

Projek pembinaan bangunan sendiri telah dimulakan pada 14 Disember 1992 di kawasan seluas 29.6 ekar. Pihak Perbadanan Wira Harta Malaysia telah ditugaskan untuk menyediakan bangunan SMKTP di satu kawasan seluas lebih kurang 29 ekar di kawasan Tanjung Pauh

Setelah siapnya bangunan sekolah baru ini, maka pada 19 Oktober 1994, kerja - kerja pemindahan barang – barang dan peralatan dari Sekolah Menengah Tunku Anum Tunku Abdul Rahman ke SMKTP dijalankan dengan bantuan PIBG dan TUDM Alor Star. Oleh itu, sesi persekolahan 1994/1995 di bangunan baru(sekarang) bermula pada 1 Disember 1994.

VISI SMKTP SMK TANJUNG PAUH SEKOLAH PILIHAN


MISI SMKTP Memimpin, mengurus dan mentabir sekolah dengan cemerlang dan berkesan. Mempertingkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Melaksanakan program kurikulum dengan berkesan. Memupuk sahsiah mulia dan minat belajar di kalangan pelajar. Mewujudkan prasarana yang selamat, kondusif dan ceria untuk pembelajaran. Menjalinkan hubungan yang baik dengan ibu bapa dan komuniti ke arah kecemerlangan akademik.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

sekolah harapan negara(katogeri luar bandar)pada tahun 1999

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pauh
Jalan Jitra
06000, Jitra
Kedah, Malaysia
Telefon = 6049177720
Fax = 6049177720

Pautan luar[sunting | sunting sumber]