Sekolah Menengah Kebangsaan Terusan Sugut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Terusan Sugut (Kluster)
Lokasi
Peti Surat 3545, 90739, Sandakan,, Sabah
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBawa Cekal Jaya
Nombor sekolah6089259401
Kod sekolahXEA2142
Pengerusi PIBGEn. Sh. Kasim Sh. Mohammad
PengetuaEn. Shafiee Bin Nawang
GPK Pentadbiran dan AkademikEn. Marjan Bin Ayunok
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Martin Bin Amat
Penolong Kanan KokurikulumEn. Azman Bin Asari
Faks6089259402
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Terusan Sugut atau nama ringkasnya SMK Terusan Sugut, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kampung Terusan Sugut, lebih 300 kilometer dari barat laut Sandakan. Walaupun dikategorikan sebagai sekolah pedalaman tahap 3, Sekolah ini juga telah dianugerahkan status kluster pada 2008, dengan kebitaraan dalam Bahasa Melayu dan sukan bola sepak.

Pada 2011, Sekolah Menengah Kebangsaan Terusan Sugut memiliki 267 pelajar, hampir 80 peratus tinggal di asrama pelajar. Ia mempunyai seramai 23 orang guru, 5 Kakitangan Bukan Mengajar dan 4 pentadbir .2011.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Terusan Sugut bermula pada tahun 1984 atas inisiatif Jabatan Pelajaran Sabah dan penduduk sekitar, untuk mengatasi masalah keciciran pelajar dari kawasan Sugut. Sebelum kewujudan Sekolah Menengah Kebangsaan Terusan Sugut, ramai pelajar dari kawasan Sugut tidak dapat meneruskan pendidikan di peringkat menengah akibat jarak yang jauh dari Beluran atau Sandakan. Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) pada akhir tahun 1983, dengan 95 orang pelajar.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

100% lulus bagi semua subjek bagi SPM 2007 Anugerah Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan (Kategori Pedalaman) (2007), Sekolah Kluster (2008)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Terusan Sugut
Peti Surat 3545
90739, Sandakan
Sabah,  Malaysia
Telefon = 6089259401
Fax = 6089259402

Pautan luar[sunting | sunting sumber]