Sekolah Rendah Agama Paya Jaras

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sekolah Rendah Agama Paya Jaras (SRA PJ) terletak di Paya Jaras Tengah. Ia bersebelahan dengan Dewan Serbaguna MBSA, kira-kira 500 meter dari Jln Kuala Selangor (Kepong-Kuala Selangor). Sekolah ini merupakan 'nadi utama' bagi asas pendidikan agama (Fardhu Ain & Kifayah) bagi anak-anak penduduk di Paya Jaras, Kubu Gajah, Sg Pelong dan yang berhampirannya.

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH RENDAH AGAMA PAYA JARAS Penubuhan sekolah rendah agama Paya jaras bermula sebelum tahun 1976 di sebuah balai raya bersebelahan dengan Masjid al-Huda kampung paya jaras, sungai buloh Selangor. Akan tetapi sekolah ini hanya dapat beroperasi dari awal tahun 1976 sehingga akhir tahun 1977. Kemudian kementerian pelajaran negeri selangor mengarahkan penutupan sekolah kerana ingin menitik beratkan pembelajaran berasakan pendidikan Bahasa inggeris. kemerosotan kefahaman dan pendidikan Islam dikalangan anak-anak telah menyedarkan penduduk kampung dan mereka telah berusaha untuk membuka semula sekolah ini. hasil perbincangan bersama Jabatan agama islam selangor, tercapailah pembukaan semula sekolah ini pada hari jumaat 1 januari 1978.setelah beroperasi selama dua bulan di balai raya kampung paya jaras tengah, sekolah ini diarahkan berpindah ke lokasi lain iaitu sebuah surau bernama madrasah al-Islah addiniah Kampung paya jaras hulu. Pada tahun 1979, sekolah ini telah menerima bangunan sendiri yang menempatkan kira-kira 100 orang murid pada ketika itu. Guru besar yang bertanggungjawab pada ketika itu ialah ustazah samsiah binti kanu yang berkhidmat sehingga 1990. Desakan penduduk dan ibubapa yang mahukan anak-anak terus menerima pendidikan islam sehingga peringkat menengah, maka bermulalah fasa pertama pengambilan pelajar tingkatan satu pada 1985 dan berterusan sehingga kini. Sesi persekolahan dijalankan di dalam satu kawasan yang amat terhad dan sempit seerta kemudahan yang amat minimum. Kini sekolah tidak lagi berkongsi kawasan keranan sekolah menengah telah berpindah ke saujana utama sungai buloh. Kini sekolah rendah agama paya jaras semakin berkembang dengan pencapaian sekolah bergred A.