Sekolah Rendah Islam Aman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Alamat

4201 - S Jalan Merican, Telipot,
15150 Kota Bharu,
Kelantan,  Malaysia
E-mail : ppaman@aman.edu.my
Telefon: 09 - 7413557
Faks  : 09 - 7413559
Sekolah Rendah Islam Aman
Lokasi
Kota Bharu, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
MALAYSIA
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah Islam, Sekolah swasta
MotoMembina Insan Mulia Melalui Institusi Penyayang
DitubuhkanTarikh ditubuhkan Disember 1990
Nombor sekolah09 - 7413555
Kod sekolahSRS 04003
Pengerusi PIBGDr. Rizal Mohd Rizal
PengetuaSyalihah Mat Nor
GPK Pentadbiran dan AkademikZuraidah Bt. Ghani
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridMohd Samsudin Yusof
Penolong Kanan KokurikulumAnis Adilah Binti Mohamad
Faks09 - 7406232
Laman sesawang


Sekolah Rendah Islam Aman atau singkatnya SRI Aman ialah sebuah sekolah persendirian yang ditubuhkan oleh sekumpulan 'profesionals' untuk tujuan melahirkan generasi Muslim yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara (nation building).

Setelah tertubuhnya cawangan-cawangan lain, sekolah ini dinamakan SRI Aman Kota Bharu.

Ringkasan Sejarah Penubuhan IIPI (nstitusi Pendidikan Islam) Aman[sunting | sunting sumber]

1990 (Disember): Penubuhan SRI Aman (KB)

1997: Penubuhan Sek Men Islam (SMI) Aman

2011: Penubuhan SRI Aman Wakaf Bharu

2013: Penubuhan SRI Aman Machang

2014: Penubuhan Maahad Tahfiz Aman (nama asal Akademi Tahfiz Aman)

Pemilik Rasmi SRI Aman[sunting | sunting sumber]

(Posted 6/8/22)

Sewaktu Penubuhan SRI Aman, pemilik rasmi yang didaftarkan dengan JPN Kelantan ialah Pustaka Aman Press Sdn. Bhd. (PAP)

Pada 7 Mac 2002 En. Aman Hassan selaku Pengarah Urusan PAP telah memaklumkan kepada Jabatan Pendidikan Swasta, KPM, bahawa segala hak dan tanggungjawabnya terhadap Sek Ren Islam Aman telah dilepaskan kepada Pendidikan Aman Sdn Bhd.

Pada 30 April 2002 JPS, KPM telah meluluskan pertukaran hakmilik sekolah dari Pustaka Aman Press Sdn. Bhd kepada Pendidikan Aman Sdn. Bhd.

Lembaga Pengarah Syarikat (PASB) ketika itu (berdasarkan surat JPS KPM)

  1. En. Che Rahimi Samat (Pengerusi)
  2. En. Aman Hassan
  3. En. Wan Bainillah Wan Senik
  4. En. Badri Abu Bakar
  5. En. Fauzi Abdullah

(Tamat posting 6/8/22)

Sejarah Penubuhan[sunting | sunting sumber]

SRI Aman adalah kesinambungan Tadika Iman yang ditubuhkan pada 1989 bertempat di Lorong Pok Dir, Jalan Bayam, Kota Bharu.

Graduan pertama Tadika Iman inilah yang menjadi pelopor kumpulan pertama murid SRI Aman.

Ditubuhkan pada sesi persekolahan 1990/91 (bermula Disember 1990) dengan jumlah pelajar perintis seramai 50 orang serta 5 orang guru, Bertempat di Wisma Pustaka Aman Press (PAP), Simpang Tiga Telipot, Kota Bharu, Kelantan.


LATAR BELAKANG PENUBUHAN

(Catatan En. Aman Hassan pada 2022)

Pada Julai 1990, ,ALlahyarham Datuk Hj Hassan Yacob (pengasas Pustaka Aman Press Sdn Bhd dan Masjid Aman d Tmn Kenangan, KB), (semoga Allah merahmati rohnya), bertanya kepada saya (En. Aman) apa yg perlu beliau lakukan lagi utk menambah bekalan akhirat beliau? Pada masa itu saya tak ingat ada sahabat lain yang turut serta menziarahi beliau di hospital

Pada waktu itu juga  kita sedang dalam perbincangan untuk menubuhkan sebuah sek rendah Islam; jadi saya syorkan kepada beliau untuk membantu penubuhan sebuah ini. Beliau setuju dan menyuruh menggunakan bangunan 4 tingkat (Wisma PAP) yang baru siap (Simpang 3 Telipot) diubah suai dan juga bersetuju untuk sekolah itu dinamakan Sek Ren Islam Aman.

- Utk permulaan beliau telah memberi RM10,000 untuk modal permulaan dan meminta ALlahyarham Dato Hussin Yacob juga memberi RM10,000 (pengasas & pemilik Masjid Al Muttaqin, Lundang) dan ALlahyarham Hj Abdullah Jaafar (Ayah Long) juga memberi RM10,000.

-Pada 1 Oktober 1990 pukul 12.05 pagi beliau menghembuskan nafas terakhir beliau. Al Fatihah.

(Catatan dari En. Aman Hassan. Posted di Wikipedia 17/7/2022)


Berikut ini dipetik pula tulisan Dato' Dr. Ab. Halim (Pengerusi LPS Pertama) dari Majalah Sekolah keluaran pertama SRI Aman (edisi 1995/96).

SEKOLAH RENDAH ISLAM AMAN - SATU SOROTAN SEJARAH.

MERINTIS LANGKAH

Tanggal awal tahun 1990... cadangan menubuhkan satu sekolah Islam dipertimbangkan secara serius sebagai penerusan pendidikan anak-anak batch pertama Tadika Iman yang akan tamat persekolahannya pada akhir tahun 1990.

Satu jawatankuasa yang terdiri daripada mereka yang bertanggung jawab telah mula berdiskusi dan akhirnya satu kertas kerja permulaan telah dibentangkan pada 1 Jun 1990 oleh cikgu Asmawi Mohamad. Hasilnya secara konsep bersetuju untuk ditubuhkan (sebuah sekolah rendah).

Tenaga-tenaga pengajar awal telah dihantar mengikuti Kursus di Sekolah Rendah Islam Al Amin (Kuala Lumpur). (Mereka) terdiri dari Ustaz Suhaimi Ali, Ustaz Azmi Harun dan Ustazah Siti Noor.

Di antara ahli-ahli Lembaga Pengelola paling awal terlibat ialah En. Tajuddin, En. Ismail Che Mat, Dr. Abdul Halim. En. Shakri Abdullah, En. Fauzi Abdullah dan cikgu Abu Bakar Sahri. Tak lama kemudian En. Aman Hassan dilantik juga ke LP.

Usaha mencari tempat yang bersesuaian telah berhasil apabila Allahyarham Hj. Hassan Yaacob bersetuju mengizinkan Wisma PAP digunakan (sebagai premis sekolah). Kos permulaan dapat diatasi apabila sebilangan ahli-ahli JIM (Jemaah Islah Malaysia) memberi sumbangan tetap di samping derma dari orang ramai dan juga dari keluarga Allahyarham Hj. Hassan sendiri.

Penerimaan masyarakat pada awalnya amat berhati-hati kerana sekolah yang baru dan belum diuji pasti lagi. Pihak LP menghantar wakilnya iaitu Dr. Halim dan En. Aman Hassan berjumpa dengan pihak pentadbiran SRI ABIM sebagai langkah awal persefahaman.

Publisiti secara meluas dan Taklimat khas kepada ibu bapa Tadika Iman dibuat. Seramai 50 orang murid masuk sebagai perintis dan 5 orang guru: Ustaz Suhaimi, Ustaz Azmi, Ustazah Siti Nor, Ustazah Mazlina  termasuk seorang Guru Besar Ustaz Shakri - menjadi penghuni awal sekolah ini.

Guru Besar ketika itu bertindak sebagai kerani, tukang sapu dan jaga sekolah. Kegigihannya dan guru-guru yang lain tanpa mengira upahan yang setimpal adalah faktor penting dalam kejayaan menghadapi cabaran awal ini.

PENDAFTARAN SEKOLAH

Pentadbiran lembaga dinaungi oleh Sahibus samahah Datuk Mufti (Allahyarham Datuk Hj. Hasbullah bin Mohd Hasan) yang memang sudah pernah menaungi Tadika Iman ketika beliau masih menjadi Imam Besar Masjid Muhammadi lagi.

Usaha mendaftarkan sekolah ini akhirnya berjaya apabila Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bersetuju menerima pendaftarannya dan begitu juga Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan – atas nama Sek Ren (Swasta) Sri Aman. Nama Sek  Sri Aman sudah ada di Petaling Jaya (ketika itu), jadi terpaksa di masukkan perkataan Swasta.

Dari hari ke hari sekolah berkembang begitu juga ahli-ahli lembaga (LPS), ada yang terpaksa keluar dan ada yang (baru) dilantik.

Pelajar-pelajar di sini ditatang seperti menatang minyak yang penuh dan begitu juga ibu bapa begitu conscious dengan setiap perkembangan anak-anak mereka.

Cikgu Wan Sulaiman (Allahtarham) dan Pn. Noraini kerap datang ke sekolah mencerap guru-guru di kelas-kelas....

Setahun berlalu...dan PIBG berjaya didaftarkan sebagai satu badan sokongan di mana AJK Protemnya di ketuai oleh Tuan Hj. Asbullah Ab. Rahman.

PERTUKARAN MUDIR

Sebelum berakhirnya tahun pertama Mudir sekolah Ustaz Shakri berazam untuk berundur dan pihak lembaga merasa bertuah dapat seorang calon yang pernah sudah mengikuti perkembangan sekolah ini dari awal lagi kerana anaknya adalah antara yang menjadi perintis di sini. Bermulalah era Ustaz Omar Alias yang terkenal gigih bekerja siang dan malam di mana sekolah ini merupakan rumah (kedua)nya, di mana kerap ia bermalam bersendirian di situ.  

Batch kedua seramai 54 orang pelajar pun masuk dan keadaan sekolah lebih kemas dan terurus. Antara guru-guru baru ialah Ustazah Normawati, Ustazah Arina (Allahyarhamah), Ustazah Rushaida. Pada pertengahan tahun Ustaz Suhaimi memohon untuk berhenti kerana melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sekolah juga mendapat seorang kerani iaitu Cik Azura Ab Rahman (Puan).

PERLU TEMPAT BARU

Dari setahun ke setahun setingkat demi setingkat (aras bangunan) Wisma PAP dijadikan kelas sampai peringkat (aras) paling atas sekali (tingkat 4) apabila masuk ke tahun empat (operasi). Kedudukan Wisma PAP di persimpangan  Jalan Telipot an Jalan Sultan Yahya Petra juga menjadi ruang berlegar begitu terhad. Murid-murid sudah begitu sesak dalam kawasan yang sempit yang tidak membenarkan mereka berlari-lari. Oleh itu pihak LP terpaksa memikirkan di mana tempat yang lebih sesuai atau tempat kekal. Setelah begitu lama berbincang akhirnya bersetuju membeli tanah di Wakaf Stan (Mukim Binjai) sebagai tempat kekal. Pihak sekolah melancarkan pembelian (penjualan) lot-lot dan usaha-usaha itu masih lagi berjalan sehingga sekarang (1997).

Ditakdirkan Allah apabila Institut Polysains (Kota Bharu) yang telah berhenti (ber)operasi pada tahun 1993 dan kemelut perselisihan (hak) pemilikan tanah (di antara tuan tanah dengan pemilik bangunan) telah selesai pada pertengahan tahun 1994, lantas pihak LP bersetuju untuk menyewa tempat itu di samping membuat pembaikan yang memakan belanja lebih kurang RM 20,000.

Alhamdulillah, pelajar-pelajar sudah mendapat tempat untuk mereka menendang bola dan berlari kejar-mengejar. Pembangunan kompleks pendidikan di Wakaf Stan (Mukim Binjai) sudah tidak begitu mendesak lagi... buat seketika..

Setelah dua tahun beroperasi maka pihak LP berpendapat adalah wajar diadakan satu hari kemuncak dari kalender SRI Aman sebagai satu Pesta Pendidikan. Maka Hari SRI Aman yang pertama telah diadakan pada 22 hb Oktober 1992 bersamaan dengan 26 hb Rabiulawal 1413 pada jam 2.30 (petang) di Dewan Besar Balai Islam Lundang di mana persembahan pelajar-pelajar serta pembahagian hadiah telah diadakan.

KENAIKAN YURAN...

Kos pengendalian sekolah adalah besar dan sentiasa perlukan peruntukan luar jangka yang tinggi. Yuran pada permulaannya ialah sebanyak RM55.00 sebulan dan RM 10.00 untuk makan/minum waktu rehat. Memikirkan deficit perbelanjaan yang banyak pihak sekolah telah mengadakan perbincangan dengan ibu bapa dan akhirnya bersetuju menaikkan yuran sebanyak RM 10.00/bulan bagi tahap satu dan RM20.00/bulan bagi tahap dua.

Pada Pertengahan 1994 pihak LP mendapat Pengerusi baru menggantikan (Dato’) Dr. Abdul Halim Yusof yang ingin menumpukan pelajaran tahun akhir ijazah lanjutannya dan (Prof) Dr. Abdul Rashid Ab. Rahman mengambil alih tugas tersebut dan telah berjaya membuat beberapa pembaharuan yang diperlukan kerana Sri Aman bertambah besar dan memerlukan perubahan dan penyesuaian.  

bersambung.....

(Posted in Wikipedia SRI Aman pada 18/7/22)

Pada tahun 1993, Seorang dermawan •, Hj Muda b Hj Yunus – telah mewakafkan 2 ekar tanah sebagai tapak kekal  untuk Kompleks Pendidikan Islam Aman di Binjai,

serentak dengan itu ditubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Binjai, untuk membeli tanah  tambahan serta pembangunan  Kompleks Pendidikan Islam Aman di Binjai. Pada masa yang sama Dr. Nik Mazian telah membeli satu lot tanah di tempat yang sama dan mewakafkannya kepada Kompleks Pendidikan Aman di Binjai.

Pada tahun 1994, SRI Aman berpindah ke Lorong Merican, Telipot Kota Bharu, menyewa bekas premis Politeknik Kota Bharu.

Pada tahun 1997, Sekolah Menengah ditubuhkan dengan nama Sekolah Menengah Islam Aman, dipelopori oleh kumpulan pertama pelajar SRI AMAN (UPSR 1996) seramai 14 orang dengan 5 orang guru. Premis SMI Aman berada dalam kawasan SRI AMAN, Lorong Merican, Koyta Bharu


Pada tahun 1999, Pendidikan Aman Sdn Bhd didaftarkan dengan Pusat Pendidikan Aman sebagai sekretariat mengurus Institusi-institusi Pendidikan Aman dan memastikan Sri Aman sentiasa di tahap yang terulung di kalangan sekolah-sekolah swasta di kelantan.

Pada tahun 2001, Sekolah Menengah Islam Aman berpindah ke Wisma PAP kerana pertambahan pelajar yang menggalakkan.

Pada tahun 2004, Pengambilan pertama pelajar Tingkatan 4 dalam aliran Sains Syriah dan Sains Pengurusan di Sekolah Menengah Islam Aman (SMI AMAN)

Pada tahun 2008, SMI Aman berpindah ke tapak kekal Kompleks Pendidikan Aman di Binjai yang beralamat: Lot 3496 Jln Tali Air Binjai, 16150 Kubang Kerian, Kelantan

Pada tahun 2011, Sekolah Rendah Islam Aman Wakaf Bharu ditubuhkan atas permintaan bekas Pengerusi Lembaga SRI An Nur Cawangan Wakaf Bharu.

SRI Aman Wakaf Bharu bermula dengan Kumpulan pertama seramai  108 orang pelajar,dan 11 orang tenaga pengajar termasuk mudir. Sekolah ini beralamat Lot 1897 Jalan Lama Wakaf Bharu16250 Wakaf Bharu, Kelantan. 

Pada tahun 2013 dan 2014, Dua sekolah ditubuhkan dibawah naungan Pusat Pendidikan Aman, iaitu Sekolah Rendah Islam Aman Machang dan Maahad Tahfiz Aman (ATA) di Slow Machang, Pasir Mas.

[sunting | sunting sumber]

Senarai Mudir/Mudirah/Guru Besar SAKB 1990-2022

1.Mohd Shakri Abdullah (1990-1991)

2.Omar Alias (1991-1996)

3. Mazlina Mazlan (1997-1999)

4. Mohd Samsudin Yusuf (2000 - 2002)

5. Azmi Harun (2002-2009)

6. Rushaida Muhammad (2010-2011)

7. Mohd. Sabri Hasbullah (2012-2015)

8. Rushaida Muhammad (2016-2018)

9. Syalihah Mat Nor (2019-skrg)


Pengerusi Lembaga Pengelola SRI Aman (Kota Bharu)

  1. Dato' Dr. Ab. Halim Yusof (1990-1995)
  2. Prof. Dr. Ab. Rashid Ab. Rahman (1995-1996)
  3. Dr. Mohamad bin Hamzah (1997-1999)

Mulai 1999 Ahli Lembaga Sekolah di tukar istilah kepada Jawatankuasa Pusat Pendidikan Aman (JKPPA)

  1. Prof Madya Hj. Mohd Saidy Ismail (1999-2000)
  2. Prof.Dr. Mohtar Ibrahim (2000-2001)
  3. Dato Dr. Ab. Halim Yusof (2001-2004)
  4. Prof.Dr. Mohtar Ibrahim (2004-2010)
  5. Prof. Dinsuhaimi Hj. Sidek (2011-2012)


Mulai 2012 JKPPA berubah kepada Jawatankuasa Pendidikan IKRAM Negeri Kelantan (JKPINK)

1.    Hj. Wan Zulkifli Wan Abdullah (2012-2014)

2.     Dr. Mohd. Sharani Mohd Naim (2014-2017)

3.     Prof. Dr. Dinsuhaimi Hj. Sidek (2018)


[posted pada 2 Ogos 2022]
Mulai 2019 Jawatankuasa Pendidikan IKRAM Negeri Kelantan ditukar nama kepada Lembaga Pengelola Sekolah-sekolah Pendidikan Aman (LPSA)

Dalam struktur LPSA (Lembaga Pengelola Sekolah-sekolah Pendidikan Aman) ini, semua IPI AMAN (SAKB, SAWB, SRIAM, SMIA, ATA dan PS Tidak ada lagi LPS tersendiri. Pada waktu itu hanya ada SATU LPS untuk 6 buah institusi Pendidikan Aman.

1.     Prof. Dr. Dinsuhaimi Hj. Sidek (Jan 2019 – Apr 2019)


Mulai 2020 Struktur LPS IPI Aman telah dipinda kepada Mengujudkan kembali Jawatankuasa Pengurusan Pendidikan IKRAM Negeri Kelantan (JKPINK) dengan dikembalikan fungsi LPS kepada IPI masing-masing. Dengan itu SRI Aman Wakaf Bharu, SRI Aman Machang dan Maahad Tahfiz Aman ada LPS sendiri; hanya SRI Aman Kota Bharu, SMI Aman dan Pra Sekolah mempunyai satu LPS sahaja di namakan LPS Aman.

Pengerusi JKPINK mulai 2020.

1.Hj. Zulkefle Ab Rahman (Mei 2020-Dis 2021)

2.Hj. Mohamad Ismail Mahmood (Mei 2022 – sekarang)


SRI AMAN HARI INI (Sesi Persekolahan 2022_2023)

(Dipetik daripada "SAKB Buku Pengurusan EdtAfiq")

OBJEKTIF PENDIDIKAN AMAN

Dengan Izin Allah swt, pada akhir Tahun 6, pelajar Sekolah Rendah Islam Aman dapat :

1. Merealisasikan kewujudan Allah dan keesaan-Nya dan kecintaan kepada Ar-Rasul S.A.W

2. Berakhlak sesuai dengan sahsiah Islam.

3. Melaksanakan tuntutan fardhu ain dengan cekap.

4. Ihsan kepada ibu bapa, guru dan muslimin yang lain.

5. Mengenal pasti peranan dan Tanggungjawab sebagai remaja Muslim.

6. Berkomunikasi dan Bersosial dengan akhlak dan etika Islam.

7. Membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul.

8. Menghafaz sekurang-kurangnya surah-surah daripada Juzuk 30 (Amma)

9. Membaca dan menulis Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

10. Mengira dengan menggunakan 4 operasi Matematik.

11. Mengurus diri dengan baik.

Ahli Lembaga Pengelola SRI Aman Kota Bharu

1. Pengerusi: Ust Azizee Rohim b Japri

2. Timbalan Pengerusi: En Zulkefle b Abdul Rahman

3. Setiausaha: Ust Omar b Alias

4. Ahli: Dr Marzuki b Omar

5. Ahli: Pn Zainara bt Abdul Hamid.

6, Ahli: Dr Mukarramah bt Ayub.

7. Ahli: Pn Alawiyah bt Abdullah.

8. Ahli: Hj Azlan b Ashari.


AJK PIBG SRI AMAN 2021-2023

1.       Dr. Mohd Rizal b Mohd Zain Pengerusi
2.       Nik Mohd Faisal Faiz b Nik Ismail Timbalan Pengerusi
3.       Fatimah Az-zahra bt Che Azlan Setiausaha

Kehormat

4.       Pn. Siti Noradiah bt Yusoff Pen. Setiausaha Kehormat
5.       Sulabaidah bt Sulaiman Bendahari
6.       YDH Supt Mohamad Ismail b Jamaluddin Ahli Jawatankuasa
7.       Dr. Wan Mohd Nazri b Wan Zainon Ahli Jawatankuasa
8.       Dr. Muhammad Najib b Mat Pa Ahli Jawatankuasa
9.       En Azman b Mohd Zobi Ahli Jawatankuasa
10.    En Sharifuddin Murni b Wan Ibrahim Ahli Jawatankuasa
11.    Ust Mohd Termizi b Abdul Rauf Ahli Jawatankuasa
12.    En Wan Muhammad Imran b Wan Mohd Zamri Ahli Jawatankuasa
13.    Pn Suriati bt Ali Ahli Jawatankuasa
14.    Pn Suhaima bt Ali Ahli Jawatankuasa
15.    Pn Nur Asma bt Zainudin Ahli Jawatankuasa
16.    Ust Mohd Samsudin b Yusuf Ahli Jawatankuasa
17.    En Ahmad Sofwan Fathy b Azmi Ahli Jawatankuasa
18.    Cik Ros Azila bt Sidek Ahli Jawatankuasa

Guru-guru SRI Aman[sunting | sunting sumber]

1 Ahmad Sofwan Fathy b. Azmi
2 Aifa Hanis bt. Mohamad
3 Anis Adilah bt. Mohamad
4 Che Raisah bt. Che Omar
5 Faeizon bt. Muhammad
6 Fatimah Az Zahra bt. Che Azlan
7 Hazilawani bt. Hamid
8 Lutpah bt. Hj. Mohd Ariff
9 Madihah bt. Mat Nor
10 Mahani bt. Mamat
11 Masniza bt. Mat Yunus
12 Mohamad Hizami b. Mohd Ramzam
13 Mohd Firdaus b.Abdullah
14 Mohd Samsudin b. Yusof
15 Nabihah bt. Sharipudin
16 Nik Hafsah bt. Nik Abdul Majid
17 Nik Nurul Nadhirah bt. Nik Mohd Tajuddin
18 Noor Azlin Ayuni Binti Mohd Arshat
19 Noor Hafiza bt. Mat Zain
20 Norhashimah bt. Mohd Salleh
21 Nur ‘Ain bt. Che Kamaludin
22 Nur Afaf bt. Ahmad
23 Nur Aida bt. Mohd Nasir
24 Nur Hazwani bt. Ahmad Tajudin
25 Nurfarahain Hazirah Bt. Che Hashim
26 Rohaiza Hanim bt. Abd.Rahim
27 Ros Azila bt. Sidek
28 Rozilawati bt. Mohamed @ Mahmood
29 Siti Aisyah bt. Mat Ghani
30 Siti Anis Falihin bt. Muhamed
31 Siti Farhana Yasmin bt. Mohd Roduan
32 Siti Hajar bt. Mahamed Jarif
33 Siti Nur Sabrina bt. Zainuddin
34 Siti Rahmah bt. Alwi
35 Siti Suhaida bt. Mohd Ab Latiff
36 Siti Zubaidah bt. Ahmad
37 Syahru Badriah bt. Shaary
38 Syalihah Bt. Mat Nor
39 Zaharah bt. Yusoff
40 Zainab bt. Mohammad
41 Abdullah Afiq Bin Che Rahim
42 Amalena Atikah Binti Ahmed
43 Nur Aqilah Binti Mohd Zaib
44 Nur Ateeqah Ayuni Binti Harni
45 Nur Liyana Amirah Binti Abd Rahman
46 Rasyidatul Asyiqin Binti Roslan
47 Siti Nur Arina Bt Mohd Ariffin
48 Siti Umairah Binti Abdul Razak
49 Wan Muhammad Fahim Bin Wan Mohd Sabri
50 Zulaila bt. Mustapa
51 Zunaini bt. Ibrahim
52 Zuraidah bt. Ghani


Kakitangan Sokongan SRI Aman

1 Rosmani Hassan
2 Wan Sumiyyah Binti Wan Mohd Sukri
3 Junaidah Yahya
4 Mohd Asri Ismail
5 Mohd Hazuari Che Mansor
6 Mohd Badar Bin Arif
7 Khuzaman Zakaria
8 Pauziyah bt. Abdullah
9 Nur Nabila Shahida Bt. Mat Yunus
10 Nor Aini Bt. Che Din
11 Nurayuzie Bt. Nasir

``(posted 4/8/22)


JK Pengurusan SAKB (2022_2023)

Bil Nama Jawatan
1 Mlmh Syalihah bt Mat Nor Guru Besar
2 Ust Mohd Samsudin b Yusuf Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
3 Mlmh Zuraidah bt Ghani Penolong Kanan Kurikulum Akademik
4 Mlmh Syahru Badriah bt Sha’ary Penolong Kanan Kurikulum Diniah
5 Mlmh Siti Nur Sabrina bt Zainuddin Penolong Kanan Tarbiah
6 Mlmh Anis Adilah bt Mohamad Penolong Kanan Kokurikulum


Pautan luar[sunting | sunting sumber]