Sekolah Kebangsaan King Edward VII (1)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Kebangsaan King Edward Vii (1)
Moto

Magni Nominis Umbra, You'll Be Greater Than Before, Under The Shadow Of A Great Name,

Dibawah Naungan Yang Agung
Ditubuhkan 1883-1885
Dirasmikan 1905
Jenis Sekolah kebangsaan, Sekolah swasta
Pengetua Encik Ismail Bin Abdul Malik (2015-kini)
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Tuan Haji Meor Ahmad bin Abdul Aziz (2013-kini)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Puan Siti Zauyah Binti Haji Arshad (2015-kini)
Penolong Kanan Kokurikulum Encik Abdul Aziz Bin Abdul Rahman (2012-kini)
Pengerusi PIBG Tun Ahmad Latfi Bin Mohd Ibrahim
Kod sekolah ABB6062
Lokasi Jalan Stesen, 34000, Taiping,, Perak Darul Ridzwan,  Malaysia
Nama singkatan SKKE VII (1)
Laman sesawang http://www.skke1.edu.my/
Telefon 6058073749
Faks 6058072453


Sekolah Kebangsaan King Edward Vii (1) atau nama ringkasnya SK King Edward VII (1), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Stesen.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan King Edward Vii (1) memiliki 870 pelajar lelaki dan 0 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 870 orang. Ia mempunyai seramai 54 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Rendah Kebangsaan King Edward VII (1) bermula pada Julai 1883 sebagai sebuah sekolah diberi nama Central School. Pada waktu itu,sekolah ini menempatkan hanya 13 orang murid sahaja. Sekolah ini terletak di tapak asrama jururawat berhampiran dengan stesen kereta api Taiping yang merupakan stesen kereta api yang pertama di Tanah Melayu.

Pada 1904, sebuah bangunan baru telah dibina di Jalan Stesen. Bangunan dua tingkat tersebut masih lagi digunakan sehingga kini. Setelah siap dibina, Central School Taiping telah menamatkan operasinya. Kesemua muridnya telah ditempatkan ke bangunan baru yang telah dibuka secara rasmi setahun selepas itu.Pada waktu itu sekolah ini dinamakan KING EDWARD VII(1) SCHOOL.

Pada bulan Mac 1958,sekolah telah dipecahkan menjadi tiga buah sekolah iaitu :-

  • SEKOLAH MENENGAH KING EDWARD VlI
  • SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN (Inggeris) KING EDWARD VII (1)
  • SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN (Inggeris) KING EDWARD VII (2)

Setiap sekolah mempunyai pengurusan masing-masing. Beberapa tahun kemudian, SMK KING EDWARD VII telah berpindah ke bangunan baru di Jalan Trump berhampiran Jalan Muzium Hulu.

Blok C yang ada sekarang merupakan bagunan Maktab Peguruan Harian yang dibina pada tahun 1957 dan akhirnya diserahkan kepada sekolah ini pada tahun 1968.Manakala bagunan Blok D 3 tingkat dan kantin telah dibina pada tahun 1987.Pada tahun 2000,sebuah bangunan baru yang menempatkan makmal komputer telah siap dibina.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Menerima gelaran JUARA dalam pertandingan bola sepak
  • Dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Kebangsaan 2015

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan King Edward Vii (1)
Jalan Stesen
34000, Taiping
Negeri Perak,  Malaysia
Telefon = 6058073749
Fax = 6058072453

Pautan luar[sunting | sunting sumber]