Sel pengawal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Proses pembukaan dan penutupan stoma.

Sel pengawal merupakan sel-sel khusus di epidermis daun, batang serta organ-organ lain dalam tumbuhan yang mengawal pertukaran gas. Sel-sel ini dihasilkan dalam pasangan dengan sedikit ruang di antaranya yang membawa kepada kemunculan liang stoma.

Liang stoma berada pada tahap terbesar apabila air telah ada dan sel-sel pengawal menjadi segah manakala liang stoma menjadi kecil ketika tumbuhan kekurangan air dan sel-sel pengawal menjadi flasid. Fotosintesis bergantung kepada karbon dioksida yang memasuki tumbuhan melalui liang stoma ke sel-sel tumbuhan sementara hasil fotosintesis, oksigen pula keluar melalui liang-liang stoma. Tambahan pula, wap air juga keluar daripada tumbuhan melalui stoma. Sebuah tumbuhan dapat mengimbangi kadar kemasukan gas karbon dioksida dan kehilangan air melalui kawalan aktif dan pasif pada kesegahan sel pengawal dan saiz liang stoma.[1][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Schroeder JI, Kwak JM, & Allen GJ (2001) Guard cell abscisic acid signalling and engineering drought hardiness in plants. Nature 410:327-330.
  2. ^ Hetherington AM & Woodward FI (2003) The role of stomata in sensing and driving environmental change. Nature 424:901-908.