Senarai tempur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Dalam penggunaan moden, istilah senarai tempur atau susunan tempur (order of battle) sesebuah angkatan tentera yang terlibat dalam operasi atau kempen ketenteraan menunjukkan organisasi hierarki, struktur pemerintahan, kekuatan, penyusunan anggota, dan kelengkapan unit dan formasi-formasi angkatan tentera. Pelbagai singkatan order of battle sedang digunakan, seperti OOB, O/B, atau OB, namun ORBAT kekal lazim digunakan di United Kingdom. Sesuatu senarai tempur perlu dibezakan dari jadual organisasi, yang merupakan komposisi yang dicadangkan bagi unit atau formasi mengikut doktrin tentera angkatan bersenjatanya. Apabila operasi kombat berkembang semasa berlakunya kempen, senarai tempur boleh disemak dan diubah sebagai tindak balas pada keperluan tentera dan cabaran. Dan juga butiran jelas sesebuah senarai tempur mungkin berubah sewaktu melaksanakan laporan tindakan susulan komander dan/atau kaedah pengiraan lain (contoh penghantaran) sepertimana penilaian kombat dijalankan.

Contoh-contoh[sunting | sunting sumber]

Beberapa contoh ORBAT dalam peperangan moden boleh didapati di Pencerobohan Normandy, Pertempuran Bình Giã semasa Perang Vietnam, dan Pertempuran Al Faw semasa Operasi Kebebasan Iraq.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Carl von Clausewitz, J. J. Graham, Jan Willem Honig. On War. Contributor F. N. Maude, Barnes & Noble Publishing, 2004 ISBN 0-7607-5597-3

Pautan luar[sunting | sunting sumber]