Seni arca

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebahagian seni arca abad ke-15 dari Samarkand dengan ukiran khat berlatarbelakangkan ukiran arabes.

Seni arca atau seni pahat merupakan cabang seni tampak yang berkait dengan karya dalam bentuk tiga dimensi dan merupakan bidang di bawah seni plastik. Proses-proses awal dalam seni arca termasuk ukiran, iaitu pembuangan bahan dan pemodelan, iaitu penambahan bahan seperti batu, tanah liat, besi dan kayu. Namun begitu, sejak zaman modenisme, kaedah dan bahan dalam seni arca telah menjadi lebih bebas.

Seni arca daripada batu biasanya bertahan lama berbanding dengan karya seni pada bahan-bahan mudah reput dan merangkumi banyak dalam kalangan karya seni purba yang bertahan hingga kini, meskipun kebanyakan seni arca kayu telah menghilang secara hampir keseluruhan. Karya-karya seni arca purba juga biasanya berwarna-warni, tetapi kini, ciri ini sudah tiada.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Kategori berkenaan Seni arca di Wikimedia Commons