Seulawah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dakota RI-001 Seulawah adalah pesawat kargo pertama milik Indonesia yang dibeli dari wang sumbangan rakyat Aceh. Pesawat ini menandakan permulaan bakal berdirinya syarikat penerbangan niaga pertama, Indonesian Airways. Pesawat ini sangat besar jasanya dalam perjuangan awal pembentukan negara Indonesia.

Pesawat Dakota DC-3 Seulawah ini memiliki panjang badan 19.66 meter dan rentang sayap 28.96 meter, ditenagai dua mesin Pratt & Whitney seberat 8,030 kg serta mampu terbang dengan kelajuan maksimum 346 km/jam.

Nama "Seulawah" diambil dari nama sebuah gunung di Aceh. Seulawah sendiri bererti "Gunung Emas".