Shoukoku no Altair

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shoukoku no Altair
将国のアルタイル
(Shōkoku no Arutairu)
GenreFantasi sejarah[1]
Manga
PengarangKotono Kato
PenerbitKodansha
Penerbit Lain
DemografikShōnen
Majalah AsalMonthly Shōnen Sirius
Tarikh PengeluaranJulai 26, 2007November 25, 2023
Jilid25 (Senarai jilid)
Manga
Shoukoku no Altair-san
PengarangShiina Soga
PenerbitKodansha
DemografikShōnen
Majalah AsalMonthly Shōnen Sirius
Tarikh PengeluaranApril 26, 2012September 26, 2013
Jilid1
Manga
Shoukoku no Altair Gaiden: Tōkoku no Subaru
PengarangHirokazu Kobayashi
IlustrasiChika Kato
PenerbitKodansha
DemografikShōnen
Majalah AsalMonthly Shōnen Sirius
Tarikh PengeluaranJanuari 26, 2016April 26, 2019
Jilid7
Anime
PengarahKazuhiro Furuhashi
Skrip/PenulisNoboru Takagi
Lagu/MuzikRyo Kawasaki
StudioMAPPA
Dilesenkan olehAmazon (penstriman)
Penyiaran AsalJNN (MBS, TBS, BS-TBS, BSN)
Dikeluarkan padaJulai 7, 2017Disember 22, 2017
Portal Anime dan Manga

Shoukoku no Altair (Jepun: 将国のアルタイル, Hepburn: Shōkoku no Arutairu) ialah siri manga Jepun yang ditulis dan dilukis oleh Kotono Kato. Ia berkisah tentang Tuğril Mahmut (Arab Turki: طغريل محموت), seorang pegawai tentera remaja dan kerjayanya bagi melindungi kerajaannya dari empayar jiran yang lebih perkaaa. Siri manga shonen ini terbit di majalah Monthly Shōnen Sirius, Kodansha dari julai 2007 sehingga November 2023. Setakat Mac 2022, sudah 25 bab tankōbon telah diterbitkan.

Manga ini juga diasaskan ke dalam siri anime 24-episod yang dibina oleh MAPPA, tayang dari Julai sehingga Disember 2017. Amazon Video juga membuka khidmat strim bagi seluruh dunia ketika siri ini sedang tayang di Jepun

Pada 2017, Shoukoku no Altair memenangi Anugrah Manga Kodansha ke-41 bagi kategori manga shonen.

Plot[sunting | sunting sumber]

Berlatar di sebuah dunia fiksyen, Mahmut ialah seorang anak yatim kerana perang yang meraja lela sebelumnya dan ditunjuk sebagai Pasha paling muda di Türkiye Stratocracy yang menghendaki peperangan tidak harus terjadi. Tetapi malangnya, selepas pembunuhan seorang ahli politik negaranya, Türkiye berada dalam ugutan serangan daripada pengganas Empayar Balt-Rhein. Selepas berjaya menyelesaikan dua masalah di dalam kerajaanya, Mahmut pergi bagi mengembara ke luar negaranya, hanya untuk memandang pengaruh Balt-Rhein yang semakin kuat di Benua Rumeliana. Bagi mempertahankan tanah airnya, Mahmut dan sahabat-sahabatnya melanjutkan pengembaraan mereka Rumeliana Barat untuk membentuk persekutuan kuat dengan kerajaan lain bagi melawan ugutan pengilhakan di depan mata mereka.

Dengan penubuhan Pakatan Tentera Tripartite antara Kerajaan Türkiye, Republik Venedik, dan Kerajaan Urado, serta sokongan daripada Persekutuan Tanah Cuore, Pakatan itu berperang melawan musuh mereka di Perang Rumeliana Raya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pineda, Rafael Antonio (December 21, 2016). "Shōkoku no Altair Historical Fantasy Manga Gets TV Anime by MAPPA". Anime News Network. Diarkibkan daripada yang asal pada July 13, 2019. Dicapai pada April 3, 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]