Sidney Sheldon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sidney Sheldon

Sidney Sheldon 11 Februari 1917 - 30 Januari 2007), lahir dengan nama Sidney Schechtel, ialah seorang penulis skrip filem serta pengarang novel Amerika Syarikat yang telah menghasilkan banyak novel kedudukan pertama dalam senarai buku laris New York Times. Beberapa novelnya juga telah dipadankan untuk filem dan siri mini televisyen.

Dilahirkan di Chicago, Illinois kepada ayahanda Yahudi Jerman dan ibunda Yahudi Rusia, kerjaya Sheldon bermula pada tahun 1937 di Hollywood, California sewaktu beliau bertugas sebagai pengulas skrip serta membantu dalam pengarangan skrip untuk filem jenis B.

Selepas menjadi askar semasa Perang Dunia II, Sheldon kembali ke kehidupan awam dan bermula menggubah muzik untuk teater Broadway sewaktu mengarang skrip filem untuk MGM Studios dan Paramount Pictures. Sepanjang kerjayanya, Sheldon mengarang untuk televisyen, filem serta pementasan, dan pernah memenangi:

Pada tahun 1968, Sheldon mengarang novel sulungnya, "Muka Terang-terangan" (The Naked Face) yang memenangi "Novel Sulung Yang Terbaik" bagi Anugerah Edgar Allan Poe daripada Pengarang-pengarang Misteri Amerika. Novelnya yang berikut, Di Sebelah Tengah Malam yang Lain (The Other Side of Midnight) mencapai kedudukan pertama dalam senarai buku laris New York Times beserta novel-novel yang kemudian.

Sheldon berjuang dengan penyakit gangguan dwikutub selama banyak tahun dan hampir-hampir membunuh diri sewaktu berumur 17.

Bibliografi novel[sunting | sunting sumber]

  • The Naked Face (1970)
  • The Other Side of Midnight (1973)
  • A Stranger in the Mirror (1976)
  • Bloodline (novel)|Bloodline (1977)
  • Rage of Angels (1980)
  • Master of the Game (1982)
  • If Tomorrow Comes (1985)
  • Windmills of the Gods (1987)
  • The Sands of Time (1988)
  • Memories of Midnight (1990)
  • The Doomsday Conspiracy (1991)
  • The Stars Shine Down (1992)
  • Nothing Lasts Forever (1994)
  • Morning, Noon and Night (1995)
  • The Best Laid Plans (1997)
  • Tell Me Your Dreams (1998)
  • The Sky is Falling (2001)
  • Are You Afraid of the Dark? (2004)
  • The Other Side Of Me (2005)

Sila lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]