Silat Titi Pinang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Silat Titi Pinang adalah silat Bugis yang berasal dari Singapura, namun kini gelanggang utamanya terletak di Kg Pandan Dalam Kuala Lumpur, Malaysia.

Bagaimanapun, Titi Pinang Malaysia kini tiada kena mengena dengan Titi Pinang Singapura, baik dari segi permainan hinggalah ke organisasi. Segala permainan, persembahan, buah pukulan dll yg ditunjuk dan diajar di Singapura bukannya datang daripada Guru Utama, Sawi bin Abduk Rahman.[perlu rujukan]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama Titi Pinang[sunting | sunting sumber]

Menurut cerita orang tua-tua, silat ini dikenali dengan panggilan "silat" ataupun "pencak" sahaja, tiada panggilan lain selain itu. Nama Titi Pinang itu cuma diberi apabila hendak mendaftar sebagai sesebuah pertubuhan.

Logik nama Titi Pinang itu dipanggil kerana:

  • permainan seni banyak menunjukkan permainan meniti di batas2 padi, menurut cerita arwah pengasas Pendekar Dokdor kepada anaknya (guru utama) di kampung halaman mereka (Indonesia)... jika berlaku pertempuran, orang kampung akan bertempur di sawah bendang, jadi kalau bediri di batas padi pun terumbang ambing - maka amat mudah untuk ditewaskan.
  • Arwah pendekar Dokdor pernah membuat persembahan di depan Lord Mountbatten ketika kedatangannya ke Singapura, permainan bunga silat di atas batang pinang.

Maka kerana itu datangnya perkataan Titi Pinang.

Pengasas[sunting | sunting sumber]

Pengasas Silat Titi Pinang adalah Abdul Rahman bin R. Ali atau nama jolokan orang2 kampung sebagai Kak Dokdor, dikenali di Pulau Temasik [kini Singapura] sebagai Pendekar Rahman. Beliau dilahirkan sekitar tahun 1864 dan mempunyai beberapa orang anak:

  1. Sawi Abd Rahman
  2. Salamah Abd Rahman
  3. Sinwan Abd Rahman
  4. Saini Abd Rahman
  5. Saidi Abd Rahman
  6. Sani Abd Rahman

Salasilah keturunan:

Kak Dokdor berdarah Bugis [Jeragan]. Beliau dilahirkan di perkampungan Bugis yang terletak di dalam kawasan Pakalongan – Tanah Jawa. Beliau berhijrah ke Johor dan bekerja dengan Sultan Johor, ketika itu Almarhum Sultan Ibrahim. Kak Dokdor mengorak langkah Jeragannya ke Temasik dan menetap di kawasan sekitar Jalan Ampas. Pada sekitar tahun 1926-1928 banjir besar berlaku di Singapura… dan ketika itu lahirlah anak sulung beliau.

Langkah silat yang diwarisi oleh Kak Dokdor ialah langkah silat keturunan Bugis. Permainan silat Bugis tidak mempunyai unsur2 permainan pedang. Permainan pedang kebiasaanya dimainkan oleh pendekar2 Bawean. Permainan pedang telah menjadi kebudayaan masyarakat di Temasik – ia adalah kebudayaan asli orang Bawean.

Permainan yang diajar kepada Guru Utama (anak sulung Kak Dokdor) tidak mempunyai sebarang unsur2 permainan pedang. Kak Dokdor memang berkebolehan untuk bermain pedang, malah beliau mengajar ramai anak muridnya permainan pedang akan tetapi beliau tidak mewariskan ilmu pedang kepada pewarisnya (anak sulungnya) kerana permainan pedang bukanlah permainan keturunan Bugis. Apa juga ilmu yang diturunkan dan diwariskan kepada pewarisnya (anak sulungnya) adalah ilmu2 persilatan Bugis.

Kak Dokdor pulang ke rahmatullah pada tahun 1971.

Antara pendekar2 yang seangkatan dan hidup dizaman beliau ialah:

  • Pendekar Latif [Java Road Singapura]
  • Pendekar Raudi [Java Road Singapura]
  • Pendekar Yusuf [Java Road Singapura]
  • Pendekar Musidi
  • Pendekar Mex
  • Pendekar Ipy
  • Pendekar Upang

Rujukan[sunting | sunting sumber]