Silat Tongkat Gayuman Gerakan Satu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Asal Usul[sunting | sunting sumber]

Silat ini didakwa dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu oleh dua orang ulamak terkenal bernama Saiyid Sagaf bin Saiyid Abdur Rahman dan Haji Abdul Rahman. Mereka dikatakan mempelajari Silat ini daripada seorang guru berbangsa Habsyi semasa menuntut di Mekah.

Setelah kembali dari Mekah, Silat ini telah dikembangkan di Terengganu oleh Saiyid Sagaf dan di Kelantan oleh Hj Abdul Rahman. Hj Abdul Rahman telah kembali ke Kelantan pada sekitar tahun 1890an dan menetap di Kampung Padang Pak Amat di Pasir Putih. Diantara murid mereka adalah Hj Abdul Mutalib iaitu pewaris yang diamanahkan untuk mengembangkan Silat ini di Kelantan.

Hj Abdul Mutalib seterusnya telah mengajar Silat ini kepada Hj Hamdi Hj Abdul Ghani dan Hj Yusoff. Hj Yusoff pula telah mengajar Silat ini kepada Hj Mohd Tahir. Diantara murid Hj Mohd Tahir adalah Lukman Mohamed yang turut menghalusi Silat ini dengan Hj Hamdi. Di antara, murid Hj Hamdi ialah Mohd Shahran Mohd Yakob.

Rujukan[sunting | sunting sumber]