Silikone

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan silikon.
Acuan silikone.

Silikone atau polisiloksana ialah polimer yang terdiri daripada siloksana, kumpulan berfungsi tak organik silikon dan oksigen berturutan, (...-Si-O-Si-...) yang disusun secara rantai lurus atau berangkai silang.

Silikone memiliki formula kimia [R2SiO]n, di mana R ialah sebarang bentuk organik seperti kumpulan alkil dan fenil. Polimer ini ditambah dengan kumpulan-kumpulan berfungsi organik sampingan untuk mengubah bentuk silikone mengikut tujuan produk yang ingin dihasilkan.

Bahan ini tahan haba dan berbentuk pepejal, separa pepejal mahupun cecair. Bentuk-bentuk silikone umum ialah minyak, gris, getah, resin dan pemakal yang diperbuat daripada silikone.[1]

Penghasilan[sunting | sunting sumber]

Silikone yang paling umum ialah polidimetilsiloksana yang dihasilkan melalui proses hidrolisis dimetildiklorosilana dalam sebuah tindak balas pempolimeran seperti di bawah:

n Si(CH3)2Cl2 + n H2O → [Si(CH3)2O]n + 2n HCl

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hans-Heinrich Moretto, Manfred Schulze, Gebhard Wagner (2005) "Silicones" in Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry, Wiley-VCH, Weinheim. DOI:10.1002/14356007.a24_057

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Kategori berkenaan Silikone di Wikimedia Commons
  • Takrifan kamus silikone di Wikikamus