Sin Po

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Sin Po merupakan sebuah akhbar berbahasa Cina yang diterbitkan di Indonesia sejak zaman Hindia-Belanda sehingga 1965. Edisi pertama telah diterbitkan di Jakarta sebagai edisi mingguan pada Oktober 1910, Sin Po berubah menjadi surat khabar harian dua tahun kemudian.

Akhbar ini adalah akhbar pertama yang memaparkan lirik lagu kebangsaan Indonesia, iaitu Indonesia Raya, dan turut memelopori penggunaan nama "Indonesia" untuk menggantikan "Hindia-Belanda" semenjak Sumpah Pemuda pada 28 Oktober 1928. Sin Po menghentikan penerbitannya ketika Jepun menduduki Indonesia pada tahun 1942, namun kembali diterbitkan pada tahun 1946. Pada tahun 1962, akhbar ini digantikan nama sebagai Warta Bhakti sebelum akhirnya diharamkan oleh pemerintah pada tahun 1965 setelah kejadian Gerakan 30 September di Indonesia.