Sistem fotometrik UBV
Sistem fotometrik UBV, yang juga dikenali sebagai sistem Johnson (atau sistem Johnson-Morgan), merupakan sistem fotometrik jalur lebar bagi pengkelasan bintang menurut warna bintang. Ia merupakan sistem fotometrik fotoelektrik pertama yang dipiawaikan. Huruf U, B, dan V adlaah untuk magnitud ultra ungu, biru dan visual, yang diukur bagi sesuatu bintang untuk mengkelaskannya ke dalam sistem UBV.[1] Pemilihan warna biru penghujung spektrum adalah kerana kepincangan filem fotograf bagi warna itu. Ia diperkenalkan oleh ahli astronomi Amerika Syarikat pada 1950-an, Harold Lester Johnson dan William Wilson Morgan.
Turas ini dipilih bagi ciri min panjang gelombang bagi fungsi bertindak adalah 364 nm bagi U, 442 nm bagi B, 540 nm bagi V.
Titik sifar bagi indeks warna B-V dan U-B ditakrifkan sebagai sifar bagi bintang A0 V yang tidak dipengaruhi oleh pemerahan antarnajam. Sistem UBV turut mempunyai kelemahan. Panjang gelombang ambang yang pendek bagi turas U kebanyakannya ditakrifkan oleh atmosfera bumi berbanding turas itu sendiri. Maka, ia (dan magnitud yang dicerap) boleh berubah dengan keadaan atmosfera dan altitud. Walau bagaimanapun, banyak ope pengukuran telah dibuat dengan sistem ini termasuk kebanyakan bintang cerah.[2]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Johnson, H. L.; Morgan, W. W. (1953), Fundamental stellar photometry for standards of spectral type on the revised system of the Yerkes spectral atlas, The Astrophysical Journal, vol. 117, pp. 313-352
- ^ Iriarte, Braulio, Johnson, Harold L., Mitchell, Richard I., and Wisniewski, Wieslaw K. (1965) Five-Color Photometry of Bright Stars, Sky & Telescope, vol. 30, p. 21