Biru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Kotak ini menunjukkan warna biru.
 

Warna biru (Jawi: بيرو) merupakan salah satu warna dalam spektrum yang boleh dilihat dengan mata kasar. Warna biru merupakan salah satu dari tiga warna asas, di samping merah dan kuning. Daripada warna-warna ini, warna biru mempunyai jarak gelombang yang terkecil (kira-kira 420-470 nanometer). Warna biru merupakan salah satu daripada tiga warna utama dalam lukisan dan teori warna tradisional.

Warna biru ialah warna yang biasa dijumpai. Biru merupakan warna langit kerana cahaya dari matahari mengalami Serakan Rayleigh. Air dalam kuantiti yang banyak kelihatan biru kerana cahaya merah (kira-kira 750 nm) diserap oleh molekul air.

Warna biru selalunya dianggap sebagai warna diraja. Disebabkan itu, warna biru selalu digunakan untuk uniform rasmi, seperti uniform polis.

Dalam bahasa Inggeris, biru melambangkan "kesedihan" atau "melankoli". "Blues" ialah sejenis muzik bangsa Afrikan American.

Biru telah menjadi warna yang penting dalam seni dan hiasan sejak zaman dahulukala. Batu separa berharga iaitu lapis lazuli, digunakan pada era Mesir purba untuk membuat perhiasan dan kemudian pada zaman Renaissance untuk membuat pigmen ultramarin, iaitu pigmen paling mahal yang pernah wujud setakat ini. Pada abad kelapan, seniman Cina menggunakan warna biru kobalt untuk mewarnakan porselin halus dengan warna biru dan putih. Biru telah menjadi warna Michel Pastoureau, Bleu – Histoire d'une couleuryang penting dalam seni dan hiasan sejak zaman dahulukala. Batu separa berharga iaitu lapis lazuli, digunakan pada era Mesir purba untuk membuat perhiasan dan kemudian pada zaman Renaissance untuk membuat pigmen ultramarin, iaitu pigmen paling mahal yang pernah wujud setakat ini. Pada abad kelapan, seniman Cina menggunakan warna biru kobalt untuk mewarnakan porselin halus dengan warna biru dan putih. Oleh kerana warna biru seringkali dikaitkan dengan harmoni, maka warna ini telah dipilih sebagai warna bendera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Kesatuan Eropah.[1]

Tinjauan di AS dan Eropah menunjukkan bahawa biru merupakan warna yang paling sering dikaitkan dengan keharmonian, kesetiaan, keyakinan, jarak, infiniti, imaginasi, sejuk dan kadangkala dengan kesedihan.[2] Dalam tinjauan pendapat umum di AS dan Eropah, warna ini merupakan warna paling popular, dipilih oleh hampir separuh lelaki dan wanita sebagai warna kegemaran mereka [3] Tinjauan yang sama juga menunjukkan bahawa warna biru merupakan warna yang paling dikaitkan dengan sifat maskulin, melebihi warna hitam, dan juga warna yang paling berkaitan dengan kecerdasan, pengetahuan, ketenangan dan tumpuan. [4]






Warna

Sian Magenta Hitam Kelabu Perak Putih
Merah Jingga Kuning Hijau Biru Nila Violet
Emas Zaitun Ungu

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.