Sistem sembilan darjat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Sistem sembilan darjat
Bahasa Cina: 九品中正制

Sistem sembilan darjat, juga dikenali sebagai sistem pengawal sembilan pangkat, ialah sistem yang digunakan untuk mengkategorikan dan menilai pegawai, dan calon yang berpotensi menjadi pegawai rasmi, dalam Empayar China. Dibuat di negeri Cao Wei semasa Tiga Kerajaan, ia digunakan dari Dinasti Jin dan Dinasti Utara dan Selatan, hingga digantikan oleh sistem Peperiksaan Diraja semasa Dinasti Sui.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Latar belakang dan zaman Cao Wei[sunting | sunting sumber]

Sistem Sembilan darjat diciptakan setelah berakhirnya Han pada tahun 220 M atas cadangan Chen Qun, seorang pegawai istana dari negeri Cao Wei. Ia juga disebut "Kaedah sembilan peringkat untuk mengelaskan pegawai" (Jiu pin guan ren fa; 九品官人法).

Sistem ini, pada hakikatnya, ialah penyusunan semula amalan Dinasti Han untuk mengesyorkan penduduk tempatan untuk mengambil jawatan politik. Sejak 134 SM, semasa pemerintahan Maharaja Wu dari Han, istana Han bergantung terutamanya kepada pencalonan oleh pembesar tempatan dan pegawai sebagai cara untuk mengenal pasti bakat, dengan mencalonkan mereka di bawah gelaran seperti Xiaolian (孝廉, taat dan tidak menyeleweng) atau Maocai (茂才, Berbakat Cemerlang).[1]

Pembaharuan Chen Qun ialah cara mensistemkan pemilihan calon pelantikan politik dengan dua cara: dengan membuat skala umum sembilan darjat untuk menilai seseorang, dan dengan melantik Pengawal (中正) di istana untuk menilai pegawai dalam skala ini. Dalam segi amalannya, bukan hanya calon tetapi pegawai yang sedia ada juga dinilai, mewujudkan dua sistem selari: "gred pencalonan"资品, dan "gred perkhidmatan"官品.[2]

Dinasti Jin[sunting | sunting sumber]

Tidak ada orang miskin dalam darjat atasan dan tidak ada keluarga yang berkuasa dalam darjat bawahan.[3]

Liu Yi (seorang pegawai Jin), Jinshu: 45: 1274

Sistem sembilan darjat menjadi lebih dominan pada tahun-tahun terakhir rejim Cao Wei di bawah pemangkuan suku Sima, hingga tahun-tahun awal rejim Jin, yang ketika itu sistem ini telah berubah secara semula jadi. Di bawah Sima Yan, kekuatan Pengawal diperluas untuk mencakup bukan hanya penilaian, tetapi juga pencalonan bakat; dan dengan penaklukan Wu oleh Jin dan perdamaian berikutnya, sistem ini juga menjadi lebih sistematik dan formal.[2][4]

Melalui perubahan-perubahan ini, sistem sembilan darjat juga lebih dekat dengan kepentingan puak-puak pegawai yang berkuasa untuk mendominasi politik imperialis sejak zaman Cao Wei. Kekuatan yang diperluas oleh Pengawal yang dilantik pada gilirannya bermaksud bahawa para pegawai yang memegang jawatan itu, yang kebanyakannya berasal dari puak ini, dapat menggunakan kuasa mereka untuk mempromosikan kepentingan anak buah mereka.[4]

Penggantian[sunting | sunting sumber]

Pembentukan sistem peperiksaan awam diraja semasa pemerintahan Maharaja Wen dari Sui memulakan proses penggantian sistem sembilan darjat.

Semasa dinasti Sui dan Tang, pengesyoran akhirnya diabaikan dan dikeluarkan dari proses perekrutan, walaupun penajaan terus memainkan peranan penting dalam mencapai jawatan rasmi hingga Dinasti Song. Pada era Song, calon dapat menghadirkan diri untuk menghadapi peperiksaan secara bebas, dan staf birokrasi yang direkrut secara langsung melalui sistem peperiksaan (atau melalui saranan dari anggota keluarga yang bertugas sebagai pegawai) pula menjadi kebiasaan. [5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Huang, Liuzhu (1985). 两汉孝廉制度考略 (Tesis). Northwest University (China).
  2. ^ a b Wang, Xiaoyi (2007). "再论曹魏九品中正制的历史真相". 文史哲. 2007 (6): 62–69.
  3. ^ Wilkinson 2012, m/s. 265.
  4. ^ a b Zhang, Xuhua (1999). "试论西晋九品中正制的弊病及其作用". Journal of Zhengzhou University. 32 (11): 24–30.
  5. ^ Wilkinson 2012.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Wilkinson, Endymion (2012), Chinese History: A New Manual, Harvard University Asia Center for the Harvard-Yenching Institute
  • Ebrey, Patricia (1978), The Aristocratic Families in Early Imperial China: A Case Study of the Po-Ling Ts'ui Family, Cambridge University Press