Sitakunda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sitakunda atau Bandar Sitakunda (Benggali: সীতাকুণ্ড শহর ) ialah sebuah pusat pentadbiran dan satu-satunya perbandaran (Paurashava) Upazila Sitakunda di Daerah Chittagong, Bangladesh. Sitakunda terkenal dengan Kuil Chandranath dan kuil-kuil Hindu-nya.[1] Terdapat mata air panas 5 km di utara bandar.[2]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Pekan Sitakunda mempunyai 9 wad yang dibahagikan kepada 22 mahalla, dengan populasi 36,650 orang diagihkan kepada 6,914 unit isi rumah (purata saiz isi rumah 5.3), termasuk 18,662 lelaki dan 17,988 wanita (nisbah lelaki:perempuan ialah 104:100).[3][4][5] Mahalla paling terkenal termasuk Yakubnagar, Nunachara, Mohadebpur, Sobanbagh, Bhuiyan Para, Chowdhury Para (juga dikenali sebagai Premtala), Moulvi Para, Amirabad, Edilpur dan Shibpur.[6]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Untuk mengurangkan tekanan penduduk terhadap Chittagong, Sitakunda telah dibangunkan sebagai bandar satelit, serta zon yang dipilih bagi pembangunan perindustrian bersama-sama dengan Bhatiari. [7] Perbandaran ini berkembang pesat sebagai pusat bandar, terutamanya di dalam dan sekitar mouza Sitakunda dan Mahadebpur, tempat Pejabat Pegawai Upazila Nirbahi dan pejabat kerajaan utama lain, sekolah menengah dan kolej lelaki, tetapi perkhidmatan dan kemudahan awam seperti elektrik, air minuman, saliran dan pelupusan sampah kurang disediakan.[8]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Pekan ini terletak di atas tanah rata yang tidak terputus dengan mendapan aluvium yang terletak di bawah paras air pasang besar, bebas daripada kesan pasang surut dan banjir kilat di kawasan itu disebabkan oleh sebuah benteng.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Prem Ranjan Dev, "Of Shiva Chaturdashi and Sitakunda", The Daily Star (Dhaka), 2007-02-07. Retrieved on 2009-02-02
  2. ^ Mohammed Abdul Baten & Rashedul Tusher, "Time to move to green energy", The Daily Star (Dhaka), 2007-02-07. Retrieved on 2009-02-02
  3. ^ "Area, Population and Literacy Rate by Paurashava- 2001" (PDF). Population Census Wing, BBS. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-12-17. Dicapai pada 2007-09-03.
  4. ^ "Household and Population of Statistical Metropolitan Areas in Bangladesh - 2001" (PDF). Population Census Wing, BBS. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-09-28. Dicapai pada 2007-09-03.
  5. ^ Chowdhury, Shimul Kumar (2012). "Sitakunda Upazila". Dalam Islam, Sirajul; Jamal, Ahmed A. (penyunting). Banglapedia: National Encyclopedia of Bangladesh (ed. Second). Asiatic Society of Bangladesh.
  6. ^ "Sitakunda Upazila: Census Results at a Glance - 2001 (Community Series)" (PDF). Population Census Wing, BBS. Dicapai pada 2007-09-03.
  7. ^ Urban mass transportation for Chittagong - I, Imon Chowdhooree and Kanu Kumar Das, The Daily Star, Urban Page, 2005-04-08; retrieved: 2007-09-18
  8. ^ a b Land Use Plan of Sitakunda Paurashava Diarkibkan 2010-02-15 di Wayback Machine; Urban Development Directorate, Government of Bangladesh, 2006; retrieved: 2007-08-28