Skuasy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search


Skuasy ialah satu sukan raket dalaman yang mana dulunya dikenali sebagai "Squash Rackets", satu rujukan kepada bola lembut yang boleh dipenyek (bahasa Inggeris: squashable), digunakan dalam perlawanan skuasy.

Permainan ini dimainkan oleh dua pemain (atau dalam sesuatu masa empat pemain bagi beregu) dengan raket 'piawai' dalam gelanggang berdinding empat dengan satu bola getah yang kecil dan berongga. Permainan umumnya kekal sebagai pertandingan peringkat sekolah-sekolah dan universiti-universiti sehinggalah awal abad ke-20, yang mana masa itu sukan ini menjadi popular dalam kelab-kelab persendirian (seperti RAC di London) dan dengan pegawai-pegawai dalam angkatan tentera British.

Gelanggang Skuasy Perseorangan Antarabangsa, seperti yang dispesifikasikan oleh Persekutuan Skuasy Sedunia

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Sejarawan skuasy menyatakan bahawa permainan ini berasal dari Harrow School pada kurun ke-19, hanya di luar London, England, sebagai satu penambahan raket. Pembinaan gelanggang yang pertama direkodkan seperti di Harrow dalam tahun 1860-an. Kemungkinan bahawa gelanggang skuasy awal telah dibina di Harrow oleh satu gelanggang dengan membahagikan dewan gelanggang raket, yang mana merupakan lebih tepat lagi sama seperti tiga saiz gelanggang skuasy Sepanyol (untuk membenarkan lebih banyak pemain bermain di dalam gelanggang pada masa yang sama).

Amerika Syarikat menjadi negara pertama membentuk sebuah persatuan yang berdedikasi dan mengkodifikasikan permainannya pada tahun 1907. Pada tahun yang sama, Persatuan Tenis dan Raket (British) metubuhkan satu jawatankuasa kecil skuasy untuk mentadbir permainan, yang menjadi secara progresif dikanunkan semasa tahun 1920-an. Kemudiannya, Persatuan Raket Skuasy (British) ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran permainan dalam 1928. Sukan ini sekarang ditadbir oleh WSF (Persekutuan Skuasy Dunia). Permainan profesional lelaki diuruskan oleh PSA (Persatuan Skuasy Profesional) dan wanita oleh WISPA (Persatuan Pemain Skuasy Antarabangsa Wanita).

Skuasy berterusan hampir secara eksklusif permainan bagi kelas pertengahan atas dan / atau kelas atasan sehingga sekitar tahun 1950-an, apabila pengendali-pengendali komersial mula membina gelanggang untuk orang awam. Permainan ini menjadi terkenal, dengan penyertaan memuncak sekitar awal tahun 80-an. Walaupun berlaku kemerosotan dalam bilangan pemain membilang, permainan ini popular di kebanyakan tempat, terutama Australia, barat laut Eropah, Amerika Utara dan Asia (terutamanya selatan dan tenggara).

Di tahap elit, permainan dibahagi di antara pemain-pemain amatur dan pemain profesional, yang mana jurulatih-jurulatih sering diambil bekerja oleh kelab-kelab yang eksklusif.

Kelengkapan[sunting | sunting sumber]

Raket skuasy dan bola

Raket[sunting | sunting sumber]

Ia asalnya diperbuat daripada kayu berlaminasi (biasanya ash) dengan bahagian bertali katgut. Raket moden kini lebih diperbuat daripada logam atau bahan komposit (grafit, Kevlar, titanium, boron) dengan tali sintetik sejak pertengahan tahun 1980-an; dengan dimensi maksimum 686 mm panjang dan 215 mm lebar serta keluasan bahagian bertali sebanyak 500 sentimeter segi. Berat maksimum yang dibenarkan ialah sebanyak 255 g namun julat timbangan ialah antara 90 dan 150 gram.

Bola[sunting | sunting sumber]

Bola skuasy berdiamater antara 39.5 dan 40.5 mm serta mempunyai berat sebanyak 23 sehingga 25 gram.[1] Bola ini merupakan sfera berongga hasil gilapan dan cantuman bersama dua kepingan sebatian getah. Bola berspesifikasi berbeza diberikan bergantng kepada kebolehan bermain serta suhu persekitaran di mana bola yang mempunyai daya kelantunan tinggi lebih digunakan pemain kurang berpengalaman.

Gelanggang[sunting | sunting sumber]

Gelanggang skuasy terdiri daripada empat dinding dan satu lantai. Suatu garisan melintang di lantai membahagikan gelanggang kepada bahagian depan dan belakang manakala garisan mendatar membahagikan ruang main antara dua pemain.

  • panjang: 9750 mm +/- 10 mm
  • lebar: 6400 mm +/- 10 mm
  • tinggi: 5640 mm
  • jarak keserongan: 11665 mm +/- 25& mm.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Squash Balls". Squashplayer.co.uk. Dicapai 3 Jun 2009. 
  2. ^ "Squash Court Construction: "How to build a Court?" - ASB SquashCourt". asbsquash.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 25 April 2017. 

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Bellamy, Rex (1978). The Story of Squash (Cerita Skuasy). Cassell Ltd, London. ISBN 0-304-29766-6. 
  • Palmer, Michael (1984). Guinness Book of Squash (Buku Guinness Skuasy). Guinness Superlatives Ltd, London. ISBN 0-85112-270-1. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]