Snake in the Eagle's Shadow

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Snake in the Eagle's Shadow
Snake in the Eagle.jpg
Poster original filem Hong Kong
Pengarah Yuen Woo-ping
Penerbit Ng See-yuen
Chen Chuan
Penulis Ng See-yuen
Choi Gai-gwong
Tsai Chi-kuang
Dibintangi oleh Jackie Chan
Hwang Jang-lee
Yuen Siu-tien
Muzik oleh Chou Fu-liang
Sinematografi Chang Hui
Disunting oleh Poon Hung Yiu
Pengedar Seasonal Film Corporation
Mula ditayangkan
1 Mac 1978
Tempoh tayangan
98 minit
Negara Hong Kong
Bahasa Bahasa Kantonis
Pecah panggung HKD $2,708,748.20

Snake in the Eagle's Shadow ialah filem aksi seni bela diri Hong Kong tahun 1978 arahan Yuen Woo-ping. Filem ini dilakonkan oleh Jackie Chan, Hwang Jang-lee dan Yuen Siu-tien.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Filem Snake in the Eagle's Shadow ini mengisahkan tentang kumpulan Eagle Claw yang telah kehilangan jurus yang telah lama ada selama 200 tahun. Seorang guru bernama Sheng Kuan berfikir untuk melenyapkan perguruan yang menggunakan gaya berlawan jurus ular, dia dan para anak buahnya memburu orang yang menggunakan jurus itu. Salah seorangnya ialah guru Pai Cheng-Cheh yang menyamar sebagai pengemis yang tiada tempat tinggal. Dia menyamar kerana sedang mencari murid-muridnya yang mungkin masih ada.

Di tempat lain, hidup seorang pemuda yatim piatu bernama Chien Fu. Dia ditemani oleh seorang koki yang juga bekerja di sana. Chien Fu merupakan seorang pembantu di sebuah perguruan yang digurui oleh seorang guru yang suka menyeksanya seperti menggunakannya sebagai lawan bertarung untuk memperlihatkan orang-orang. Sebenarnya guru itu hanya pelajar sementara kerana guru yang sebenar sedang berkelana. Dari situ timbullah rasa marah dan dendam dari Chien kerana dipergunakan secara tidak adil.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]