Soichiro Honda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Soichiro Honda
Kelahiran17 November 1906[1]
Meninggal dunia5 Ogos 1991(1991-08-05) (umur 84)[1]
WarganegaraJapan
Nama lainShacho San
PekerjaanPengasas, Honda Motor Company Limited
PasanganSachi Honda

Soichiro Honda (Jepun: 本田 宗一郎, Hepburn: Honda Sōichirō, 17 November 1906 – 5 Ogos 1991) ialah seorang jurutera dan usahawan Jepun yang terkenal sebagai pengasas Honda Motor Co., Ltd..[1]

Honda lahir di Hamamatsu, Shizuoka, Jepun pada 17 November 1906. Sepanjang zaman kanak-kanaknya, beliau membantu bapanya, Gihei untuk menjaga kedai baiki basikalnya. Ibunya, Mika, ialah seorang penenun ketika itu. Pada umur 15 tahun, tanpa sebarang pendidikan formal, Honda berpindah ke Tokyo untuk mencari nafkah. Beliau menjadi pelatih di sebuah bengkel pada tahun 1922. Beliau terus bekerja di bengkel itu selama enam tahun sebagai mekanik kereta, sebelum kembali ke kampung halaman untuk membuka kedai baiki keretanya pada umur 22 tahun.

Pada tahun 1937, Honda mula membuat gelang omboh untuk enjin kecil, seterusnya mengilang enjin kecil untuk kegunaan motosikal. Kemudian pada tahun 1948, beliau mula memasang motosikal lengkap selaku presiden Syarikat Motor Honda. Honda menjadikan syarikatnya itu sebagai perusahaan multinasional yang bernilai ribuan juta dolar yang mengeluarkan motosikal yang terhebat di dunia. Berkat kemahiran kejuruteraan dan pemasaran Honda, jualan motosikal buatan Honda berjaya mengatasi jenama Triumph dan Harley-Davidson di pasaran negara asal masing-masing.

Honda kekal sebagai presiden sehingga persaraannya pada tahun 1973, tetapi selepas itu kekal sebagai pengarah serta dilantik "penasihat agung" pada tahun 1983. Martabat beliau begitu tinggi, hinggakan majalah People meletakkan nama beliau dalam senarai "25 Most Intriguing People of the Year" 1980, dengan gelaran "Henry Ford Versi Jepun." Dalam persaraan, Honda sibuk memikul kerja-kerja berkenaan Honda Foundation. Beliau meninggal dunia akibat kerosakan hati pada tahun 1991.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Honda Soichiro." Encyclopædia Britannica. Encyclopædia Britannica Online Library Edition. Encyclopædia Britannica, Inc., 2011. Web. 21 Julai 2011. <http://www.library.eb.com/eb/article-9040920>.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Honda