Spam
Spam merupakan suatu bentuk gangguan dalam perhubungan internet, biasanya dalam bentuk pesanan yang banyak yang tidak dikehendaki. Bentuk spam yang paling terkenal ialah spam e-mel.
Jenis spam
[sunting | sunting sumber]Beberapa jenis spam adalah:
- Spam e-mel
- Spam chat
- Spam forum
- Spam SMS
Sejarah
[sunting | sunting sumber]SPAM merujuk kepada suatu jenama daging khinzir yang ditinkan buatan Hormal Foods Corporation di Amerika Syarikat. Makanan ini menjadi begitu kerap dipasarkan dan digunakan terutamanya di negara Britain selepas Perang Dunia Kedua.[1] Istilah "spam" dalam konteks e-mel pula dipercayai berasal dari sketsa dalam sebuah rancangan komedi BBC iaitu Monty Python's Flying Circus, di mana sepasang suami isteri mengunjungi sebuah kafe yang menunya hampir semua dibuat dari daging tersebut; jenama daging itu kemudiannya lama-kelamaan disebut berulang kali oleh para pelanggan kafe sehingga menjadi lewah dan menjengkelkan kepada si isteri.[2][3] Pada tahun 1980-an pula, istilah ini diperincikan untuk merujuk kepada pengguna sistem papan buletin yang tidak bertanggungjawab mengulangi perkataan "Spam" banyak kali sehingga menepis keluar teks kiriman pengguna lain di skrin.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Martin, Andrew (15 November 2008). "Spam Turns Serious and Hormel Turns Out More". The New York Times. Dicapai pada 23 Mei 2010.
- ^ Spam - Monty Python's The Flying Circus, 13 Januari 2009, dicapai pada 11 Januari 2017
- ^ "The Origin of the word 'Spam':". Dicapai pada 20 September 2010.
- ^ "Origin of the term "spam" to mean net abuse". Templetons.com. Dicapai pada 3 September 2013.