Spanco

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SPANCO
Jenis/bentuk sahsendirian berhad
Industriautomotif
Ditubuhkan1988
Ibu pejabatMalaysia
Perkhidmatanpenyelenggaraan kenderaan kerajaan
Tapak webwww.spanco.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Spanco Sdn Bhd (digayakan sebagai SPANCO) ialah sebuah syarikat pengurusan kenderaan di Malaysia.[1] Ia ditubuhkan pada 1988[1], dan menjadi syarikat yang membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan Malaysia.[2]

Konsesi perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Pada 1993, Spanco diberi perjanjian konsesi selama 25 tahun dengan kerajaan Malaysia bermula 1994, yang membenarkan syarikat itu menyediakan dan memajak kereta dengan perkhidmatan penyelenggaraan penuh untuk kerajaan.[3] Setelah perjanjian tersebut berakhir padsa 2019,[4] tender terbuka dilancarkan untuk penganugerahan kontrak seterusnya, dan dianugerahkan kepada persepakatan syarikat Berjaya Group dan Naza Sdn Bhd melalui sebuah surat hasrat. Walau bagaimanapun, pada 2020, surat hasrat tersebut dibatalkan dan konsesi dianugerahkan semula kepada Spanco.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Sallehuddin, Qistina (2024-02-06). "Siapa yang terbabit dalam skandal Spanco?". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-07.
  2. ^ Kawi, Mohd Roji (2024-02-06). "PM, Menteri Kewangan terbabit kes SPANCO akan disiasat - Azam". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-07.
  3. ^ a b "Isu Spanco: Lebih 20 saksi telah dipanggil - Azam Baki". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-02-07.
  4. ^ Amin, Manzaidi Mohd (2019-02-28). "Konsesi Spanco sudah tamat - Guan Eng". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-07.