Stadium Nasional Rajamangala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Stadium Nasional Rajamangala
Stadium Rajamangala
RajamangalaStadium.jpg
LokasiThailand Bangkok, Thailand
Dibuka1998
PemilikSukan Pihak Berkuasa Thailand (SAT)
PermukaanRumput
Kapasiti65,000

Stadium Nasional Rajamangala merupakan kawasan bersukan paling luas di Thailand. Ia merupakan sebahagian dari kompleks Sukan Hua Mak terletak di Hua Mak, Bang Kapi, Bangkok dan dibina pada 1998 bagi Sukan Asia ke-13 tahun itu. Sepanjang sisinya, tempat duduk berbentuk semi bulatan dan luas, dengan sebelah barat berbumbung. Stadium ini memiliki skrin video dan padangnya dikelilingi oleh trak olahraga. Ia telah menganjurkan banyak kejohanan utama, seperti Sukan Asia 1998, Kejohanan Dunia Wanita FIFA U-20 pada 2004 dan Piala Asia 2007.