Pergi ke kandungan

Standard Kesempurnaan Amerika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Standard Kesempurnaan)
Fail:SoP cover 1930.png
Kulit depan edisi tahun 1930

Standard Kesempurnaan Amerika adalah satu rujukan standard baka rasmi untuk unggas hias di Amerika Syarikat. Ia pertama kali diterbitkan pada tahun 1874 oleh Persatuan Unggas Amerika, Standard Kesempurnaan (biasanya dirujuk sebagai "Standard") menggelaskan dan memperincikan ciri-ciri fizikal standard, warna dan tabiat untuk semua baka-baka unggas yang diiktiraf termasuk ayam, itik, ayam belanda dan angsa. Edisi terkini telah diterbitkan pada tahun 2015.

Standard digunakan oleh para hakim Persatuan Unggas Amerika di pertunjukan unggas yang diadakan untuk menilai unggas-unggas, dan juga oleh para peserta pertunjukkan unggas untuk memastikan unggas mereka memenuhi standard, yang mana menghasilkan istilah unggas "baka standard".

Edisi pertama menyenaraikan 41 baka, dan versi terkini mengandungi hampir 60 baka. Terdapat 19 kelas yang diiktiraf oleh Persatuan Unggas Amerika. 11 dari kelas ini diberikan pada baka ayam, di mana enam darinya merujuk pada baka-baka besar dan lima pada baka-baka bantam. Terdapat empat kelas untuk itik dan tiga kelas untuk angsa, kedua-duanya dibahagikan berdasarkan berat. Kesemua baka-baka ayam belanda dikumpulkan dalam satu kelas.

Senarai kelas-kelas Persatuan Unggas Amerika

[sunting | sunting sumber]

Standard: Amerika, Asiatik, Kontinental, Inggeris, Mediterranean, dan Pelbagai Baka Standard Lain

Bantam: Balung Sisir Kaki Licin, Balung Ros Kaki Licin, Balung Lain Kaki Licin, Kaki Berbulu dan Bantam Laga

Itik: Berat, Sederhana, Ringan dan Bantam

Angsa: Berat, Sederhana dan Ringan

Ayam belanda: dihakimi sebagai satu kelas.

Ayam mutiara: dihakimi sebagai satu kelas.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Ekarius, Carol (2007). Storey's Illustrated Guide to Poultry Breeds. 210 MAS MoCA Way, North Adams MA 01247: Storey Publishing. ISBN 978-1-58017-667-5.CS1 maint: location (link)
  • Heinricks, Christine (2007). How To Raise Chickens. Suite 200, 380 Jackson St, St Paul MN 55101: Voyageur Press. ISBN 978-0-7603-2828-6.CS1 maint: location (link)
  • Percy, Pam (2002). The Complete Chicken. Suite 200, 380 Jackson St, St Paul MN 55101: Voyageur Press. ISBN 0-89658-731-2.CS1 maint: location (link)
  • Rossier, Jay (2002). Living with Chickens. Guilford, Connecticut: The Lyons Press. ISBN 1-59228-013-7.
  • Staples, Tamara (2001). The Fairest Fowl. 85 Second Street San Francisco CA 94105: Chronicle Books LLC. ISBN 0-8118-3137-X.CS1 maint: location (link)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]