Still You

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Still You
Juga dikenali sebagai
You're Still the One
GenreRomantik
Melodrama
Keluarga
Ditulis olehPark Eon-hee
Lee Hyun-jung
PengarahPark Kyung-ryul
Dibintangi oleh
Shin Eun-kyung
Kim Seung-soo
Wang Bit-na
Song Jae-hee
Negara asalKorea Selatan
BahasaKorea
Bilangan episod124
Penerbitan
LokasiKorea Selatan
Tempoh siaran30 minit pada hari Isnin sehingga Jumaat pukul 19:20 (KST)
Penyiaran
Saluran asalSeoul Broadcasting System
Siaran asal21 Mei 2012 (2012-05-21) – 3 Disember 2012 (2012-12-03)
Kronologi
MengikutiMy Daughter the Flower
Diikuti olehThe Birth of a Family
Pautan luar
Laman sesawang

Still You ialah sebuah drama Korea Selatan tahun 2012 dibintangi oleh Shin Eun-kyung, Kim Seung-soo, Wang Bit-na dan Song Jae-hee. Drama ini disiarkan menerusi saluran SBS bermula 21 Mei sehingga 3 December 2012 pada hari Isnin sehingga Jumaat pukul 7:30 malam sebanyak 124 episod.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang kebahagiaan kehidupan pasangan Cha Soon Young (Shin Eun Kyung) dan Na Han Joon (Kim Seung Soo). Segalanya berubah apabila Han Joon menghadapi masalah dalam perniagaannya sehingga memgancamnya ke bakal penjara. Bermacam cara Han Joon telah lakukan namun belum dapat mengatasi masalah yang dihadapinya.

Han Joon kemudian bertemu dengan bekas kekasihnya, Kang Chae Rin (Wang Bit Na) yang sangat kaya raya yang masih memendam rasa cinta pada Han Joon. Chae Rin sebenarnya ingin memiliki syarikat datuknya kelak. Namun untuk mendapatkan syarikat tersebut, Chae Rin harus berkahwin. Chae Rin yang terdesak kemudian menawarkan bantuan kepada Han Joon dan berjanji akan membantu untuk menyelesaikan masalah syarikat milik Han Joon dengan syarat mereka harus berkahwin. Namun Chae Rin dan Han Joon terpaksa menipu datuk Chae Rin dengan merahsiakan bahawa perkahwinan mereka hanyalah atas dasar kontrak semata-mata.


Setelah berkahwin dengan Chae Rin, Han Joon mulai terpesona dengan kemewahan keluarga Chae Rin dan kini dikuasai perasaan tamak yang inginkan harta keluarga Chae Rin. Bahkan Han Joon sanggup untuk menceraikan isterinya, Soon Young. Puas Soon Young merayu agar tidak diceraikan namun Han Joon tidak mengendahkan rayuan Soon Young. Malah Jan Joon juga kini telah berkahwin secara sah dengan Chae Rin. Bagi membalas dendam diatas perbuatan bekas suaminya itu, Soon Young kemudian mulai menjalinkan hubungan cinta dengan musuh ketat Han Joon yang juga merupakan abang kepada Chae Rin, iaitu Woo Jin (Song Jae Hee). Soon Young sengaja mendekati Woo Jin agar Han Joon cemburu. Namun, tanpa disedari hubungan Woo Jin dan Soon Young akhirnya mulai menjadi serius. Han Joon yang melihat kemesraan diantara Soon Young dan Woo Jin berasa mula menyesali akan perceraiannya dan ingin kembali kepada Soon Young. Akan tetapi, semudah itukah Soon Young menerima Han Joon kembali? Bagaimanakah perasaannya terhadap Woo Jin?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Keluarga Han-joon
Keluarga Chae-rin
  • Kim Sung-kyum - Kang Beom-seok
  • Park Jung-soo - Kim Yi-hyun
  • Lee Eun-jung - Kang Hee-jin
Lain-lain
  • Lee Deok-hee - Seo Nam-joo
  • Yoon Hyun-min - Lee Jae-ha
  • Go Myung-hwan - Sung Dong-chul
  • Hwang Hyo-eun - Lee Kyung-joo
  • Nam Kyung-eub - Baek Hwa-soo
  • Jung Ye-ji - Jang Hyun-hee
  • Seo Yun-ah - Son Myung-ji
  • Jang Ka-hyun

Pautan luar[sunting | sunting sumber]