Suai, Timor Leste

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suai
Bandar
Gereja Ave Maria
Gereja Ave Maria
Suai, Timor Leste is located in Bumi
Suai, Timor Leste
Suai, Timor Leste (Bumi)
Koordinat: 9°18′45″S 125°15′20″E / 9.31250°S 125.25556°E / -9.31250; 125.25556Koordinat: 9°18′45″S 125°15′20″E / 9.31250°S 125.25556°E / -9.31250; 125.25556
Negara Timor Leste
PerbandaranCova Lima
Pos pentadbiranSuai
SucoDebos
Keluasan
 • Jumlah302.60 km2 (116.83 batu persegi)
Aras
13 m (43 ft)
Penduduk
 (Bancian 2015)
 • Jumlah9,866
 • Kepadatan33/km2 (84/batu persegi)
Zon waktuUTC+09:00 (TLT)
IklimAw

Suai ialah sebuah bandar di Timor Leste, yakni di Subdaerah Suai. Ia memiliki populasi sebanyak 9,866 orang dan terletak kira-kira 138 kilometer (86 bt) barat daya dari ibu kota Dili. Suai merupakan ibu kota Daerah Cova Lima. Ia terletak hanya beberapa kilometer dari Laut Timor di selatan.

Suai merupakan tempat kejadian pembunuhan beramai-ramai Gereja Suai pada September 1999 yang dilakukan pihak militan pro-Indonesia ketika pengunduran Indonesia dari Timor Leste. Berikutan kejadian itu, Suai menjalani program kerjasama dengan City of Port Phillip, sebuah petempatan pesisir di selatan Melbourne, Australia. Program ini dijalankan untuk memulihkan masyarakat Suai.[1]

Suai memiliki sebuah lapangan terbang, Lapangan Terbang Suai yang dibesarkan pada 2017.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Friends of Suai" (dalam bahasa Inggeris). City of Port Phillip. Dicapai pada 22 Julai 2019.