Dili

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dili
Daerah Dili di Timor Leste
Daerah Dili di Timor Leste
NegaraTimor Leste
DaerahDili
Pembinaan petempatan1520
Penduduk
 • Jumlah~150,000

Dili merupakan ibu negara serta bandar terbesar Timor Leste. Dili terletak di utara Timor Leste dan merupakan pelabuhan utama serta pusat komersial Timor Leste. Penduduknya dianggar berjumlah 150,000.

Dili ditubuhkan pada 1530 oleh penjelajah Portugis dan dijadikan ibu kota Timor Portugis pada 1769. Semasa Perang Dunia Kedua, Dili telah dicerobohi oleh Jepun. Pada 28 November 1975, penduduk Timor Timur mengisytiharkan kemerdekaan daripada Portugal. Sembilan hari kemudian, tentera Indonesia, dengan bantuan Amerika Syarikat telah memasuki Dili dalam "Operasi Seroja".[1] Pada 17 Julai 1976, Timor Timur diilhakkan oleh Indonesia, dan dijadikan provinsi Indonesia yang ke-28.

Perang gerila antara tentera Indonesia dan gerakan kemerdekaan telah berlangsung sehingga 1999, dalam pada itu beribu-ribu penduduk Timor Timur telah dibunuh. Pada 1999, Timor Timur telah diletakkan di bawah pemerintahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pada 20 Mei 2002, Dili menjadi ibu negara Timor Leste yang baru merdeka.

Rusuhan yang berlaku pada bulan Mei 2006 akibat perselisihan faham dalam angkatan tentera telah mengakibatkan kemusnahan dan ketidakamanan di Dili. Ketenteraman hanya kembali selepas campur tangan kuasa asing.

Rujukan[sunting | sunting sumber]