Sultan Mansur Shah ibni Al-Marhum Sultan Iskandar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Raja Mansur[sunting | sunting sumber]

Baginda ditabalkan sebagai Raja Kelantan-Majapahit pada tahun 1467 dengan gelaran Sultan Mansur Shah.Ketika era baginda, Kelantan terpaksa berdepan dengan Ayutthaya dan Kesultanan Melayu Melaka yang berjaya menakluki Majapahit.

Berperang dengan Melaka[sunting | sunting sumber]

Menurut Sulalatus Salatin(Sejarah Melayu), Sultan Mahmud Shah mengarahkan Tun Muhatir(Seri Maharaja) pada tahun 1499 untuk menyerang Kelantan.

Sultan Mansur Shah telah akur dengan Melaka tanpa pertumpahan darah dan putera-puteri baginda ditangkap iaitu:

  • Raja Gombak
  • Puteri Onang Kening
  • Puteri Cau Pa
  • Puteri Cau Pauk(Chubak)

Raja Gombak berjaya melepaskan diri daripada tahanan.Ketika puteri-puteri dihadapkan kepada Sultan Mahmud Shah, baginda tertarik dengan Puteri Onang Kening lalu berkahwin dengannya pada tahun 1500.

Sumber[sunting | sunting sumber]