Sultan Phaya Long Muhammad
Paduka Sri Sultan Phaya Sultan Phaya Long Muhammad | |
---|---|
Raja Pattani | |
Dalam jawatan 1845–1856 | |
Didahului oleh | - |
Digantikan oleh | Tengku Besar Long Puteh, Tengku Ahmad ibni Almarhum Sultan Muhammad I |
Menteri Besar Kelantan ke-3 | |
Dalam jawatan 1835–1838 | |
Didahului oleh | Wan Mahmud bin Ibrahim |
Digantikan oleh | Engku Long Zainal Abidin bin Long Abdul Ghafar |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Tengku Long Muhammad bin Tengku Long Ismail |
Mati | 1856 |
Ibu bapa | Tengku Long Ismail ibni almarhum Sultan Long Yunus |
Sultan Long Muhammad | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sultan dan Yang di-Pertuan Agung Besar Negeri Pattani Darus Sallam | |||||||||||||
Fail:- | |||||||||||||
en:Sultan of Pattani 19 | |||||||||||||
Pemerintahan | 1845 - 1856 | ||||||||||||
Kemahkotaan | - | ||||||||||||
Didahului oleh | - | ||||||||||||
Diikuti oleh | Tengku Besar Long Puteh, Tengku Ahmad ibni Almarhum Sultan Muhammad I | ||||||||||||
Pemangku raja | - | ||||||||||||
Keputeraan | Tengku Long Muhammad bin Tengku Long Ismail January 1800 | ||||||||||||
Kemangkatan | November 1856 Wilayah Singgora, Malaya | ||||||||||||
Pemakaman | - Wilayah Pattani, Malaya | ||||||||||||
Pasangan | 9 orang | ||||||||||||
Isteri |
| ||||||||||||
Anakanda | 111 orang | ||||||||||||
| |||||||||||||
Kerabat | Pattani | ||||||||||||
Wangsa | Jaring | ||||||||||||
Ayahanda | Almarhum Raja Muda Kelantan Long Ismail ibni Almarhum Sultan Kelantan Long Yunnus II | ||||||||||||
Bonda | - | ||||||||||||
Agama | Islam Sunni | ||||||||||||
Pekerjaan | - | ||||||||||||
Tandatangan | Tandatangan Sultan Long Muhammad |
Paduka Seri Sultan Phaya Long Muhammad ibni Almarhum Raja Muda Tengku Long Ismail, juga digelar sebagai Tuan Besar ialah seorang Raja dan Sultan Pattani Darussalam.
Long Muhammad ialah anakanda sulung kepada Raja Muda Kelantan, Long Ismail ibni Almarhum Sultan Long Yunus II yang menjadi Gabenor atau Raja bagi Kampong Laut.
Sebelum dilantik menjadi Sultan, baginda telah menjadi Menteri Besar Kelantan pada zaman pemerintahan Long Jenal ibni Long Yunus dan Sultan Muhammad II (Long Senik).
Menjadi raja Pattani
[sunting | sunting sumber]Long Muhammad merupakan sultan dan raja pertama bagi Dinasti Tuan Besar yang memerintah Kesultanan Pattani, yang dilantik Siam pada 1845 pascaperang saudara yang berlaku akibat penjajahan Siam ke atas wilayah Pattani sebelum daripada itu[1].
Semasa pentadbiran baginda, pihak berkuasa kerajaan Siam telah mengubah dasar pentadbiran mereka terhadap negeri-negeri Melayu di Pattani, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang menjadi naungan mereka. Pentadbiran Bangkok juga mula memberi kuasa penuh kepada raja-raja Melayu tempatan untuk menguruskan pentadbiran dalam negeri tanpa campur tangan pegawai tadbir Siam[2].
Raja-raja Melayu hanya dikehendaki menghantar ufti bunga emas dan perak setiap tiga tahun sekali dengan ikrar tidak akan menderhaka, selain membekalkan senjata, tenaga manusia dan bahan keperluan jika kerajaan Siam menghadapi peperangan. Berikutan perubahan dasar itu, keamanan wujud di negeri-negeri Melayu yang terlibat buat beberapa dekad[2].
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ MOHD FADLI GHANI (Januari 7, 2019). "Salasilah Kesultanan Pattani". Harakahdaily. Dicapai pada 8 Mei 2022.
- ^ a b Mohd Zamberi A. Malek (1994). Patani dalam Tamadun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 8. ISBN 983-62-4121-3.