Sumber undang-undang antarabangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Undang-undang antarabangsa merupakan suatu undang-undang yang mengawal kegiatan entiti-entiti antarabangsa antara satu sama lain. Sumber undang-undang antarabangsa terdiri daripada triti, adat antarabangsa, prinsip-prinsip am undang-undang yang diiktiraf oleh negara-negara, penghakiman mahkamah dan penulisan ilmiah.

Status Mahkamah Keadilan Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sumber undang-undang antarabangsa dinyatakan dan diiktiraf dalam Artikel 38(1) Statut Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Artikel 38(1) secara umumnya diiktiraf sebagai definisi muktamad sumber undang-undang antarabangsa. Berikut merupakan petikan daripada Artikel 38(1):[1]

Fungsi Mahkamah untuk memutus sebarang pertikaian yang dikemukakan padanya perlu berdasarkan: (a) konvensyen antarabangsa, sama ada am atau khusus, yang menentukan perundangan yang diiktiraf oleh negara-negara yang dalam pertikaian; (b) adat antarabangsa sebagai bukti amalan umum yang diterima sebagai undang-undang; (c) prinsip-prinsip am undang-undang yang diiktiraf oleh negara-negara bertamadun; (d) tertakluk kepada peruntukan Artikel 59, penghakiman dan penulisan ilmiah, sebagai sumber subsidairi dalam menentukan peraturan undang-undang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Statut Mahkamah Keadilan Antarabangsa". Dicapai pada 18 Januari 2017.