Sungai Indus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Indus
Sindh, Sindhu, Hindu, Abasin, Sengge Chu, Yìndù
Indus.A2002274.0610.1km.jpg
Imej satelit Lembangan Sungai Indus.
Countries China, India, Pakistan
States Kashmir, Punjab, Sindh
Length 3,200 km (2,000 mi) approx.
Watershed 1,165,000 km² (450,000 mi²) approx.
Discharge at Laut Arab
 - average 6,600 /s (230,000 ft³/s) approx.
Source Kuala sungai Sengge dan Gar
 - location Penara Mexico, Tibet, China
Mouth Sapta Sindhu
 - location Sindh, Pakistan
 - elevation m (0 ft)

Sungai Indus {bahasa Hindi dan Sanskrit: सिन्धु; bahasa Urdu: سندھ Sindh; bahasa Sindhi: سنڌو Sindhu; bahasa Punjabi (Shahmukhi: سندھ, Gurmukhi: ਸਿੰਧੂ) Sindhu; bahasa Parsi: حندو Hindu; bahasa Pashto: ّآباسن Abasin "Bapa Sungai"; bahasa Tibet: Sengge Chu "Sungai Singa"; bahasa Cina: 印度 Yìndù; bahasa Yunani: Ινδός Indos} ialah sungai terpanjang dan paling penting di Pakistan. Sungai Indus ialah sungai terpanjang dan ketiga terbesar dari segi aliran tahunan di benua kecil India. Pihak British menggunakan nama 'India' untuk seluruh benua kecil ini sempena nama sungai ini. Tasik ini berpunca dari penara Tibet di kawasan sekitar Tasik Mansarovar, mengalir melalui daerah Ladakh di Jammu & Kashmir dan Kawasan Utara, diikuti kawasan Pakistan Utara ke arah selatan sepanjang kepanjangan negara, hingga ke Laut Arab berhampiran bandaraya pelabuhan Karachi. Jumlah kepanjangan sungai ini berukuran 3,180 kilometer (1,976 batu). Sungai ini meliputi kawasan saliran berjumlah lebih 1,165,000 kilometer persegi (450,000 batu persegi). Aliran tahunan sungai ini dianggarkan sekitar 207 kilometer padu. Dari puncak-puncak dunia yang dilitupi glasier, sungai ini menyuburkan ekosistem of hutan iklim sederhana, dataran dan kawasan luar bandar yang gersang. Bersama sungai-sungai Chenab, Ravi, Sutlej, Jhelum, Beas serta Sungai Sarasvati yang sudah lenyap, Sungai Indus membentuk delta Sapta Sindhu ("Tujuh Sungai") di wilayah Sindh, Pakistan. Sungai Indus mempunyai 20 cawang utama.

Sungai Indus menyalurkan sumner air utama untuk ekonomi Pakistan - terutamanya punca rezeki wilayah Punjab yang menyumbang kepada kebanyakan penghasilan negara pertanian, dan juga Sindh. Perkataan "Punjab" adalah gabungan perkataan bahasa Parsi iaitu panj (پنج, "lima"), dan āb (آب, "air"), maka erti harfiahnya adalah "Bumi Lima Sungai". Lima batang sungai yang menyumbang kepada nama Punjab ialah Sungai Beas, Jhelum, Chenab, Ravi dan Sutlej. Sungai ini juga menampung banyak industri berat serta menyediakan bekalan utama air boleh diminum di Pakistan.

Punca mutlak Sungai Indus terletak di Tibet; sungai ini bermula di kuala sungai Sengge dan Gar yang menyaluri banjaran gunung Nganglong Kangri dan Gangdise Shan. Kemudian, Sungai Indus mengalir ke arah barat laut melalui Ladakh-Baltistan ke Gilgit di selatan banjaran Karakoram. Anak-anak sungai Shyok, Shigar dan Gilgit membawa air glasier ke dalam sungai utama. Sungai Indus melengkung landai ke arah selatan, keluar dari bukit-bukit antara Peshawar dan Rawalpindi. Sungai Indus melalui gaung-gaung gergasi setinggi 4,500-5,200 meter (15,000-17,000 kaki) berhampiran massifNanga Parbat. Sungai Indus mengalir dengan deras merentasi Hazara, lalu menemui Takungan Reservoir. Sungai Kabul bergabung dengannya berhampiran Attock. Saki-baki alirannya ke laut berada di dataran-dataran Punjab dan Sindh, di mana sungai semakin perlahan dan amat tersirat alirannya, digabung dengan Sungai Panjnad di Mithankot. Selepas kuala ini, sungai ini, pada satu ketika, bergelar Sungai Satnad (sat = tujuh, nadi = sungai), kerana sungai ini kini membawa air-air sungai Kabul, Indus dan lima sungai Punjab. Selepas merentasi Jamshoro, Sungai Indus berakhir di sebuah delta besar di timur Thatta.

Sungai Indus merupakan salah satu daripada sebilangan kecil sungai di dunia yang mempunyai bena. Sistem Indus banyak disuap oleh salji dan glasier Karakoram, Hindu Kush dan rantau-rantau Himalaya Tibet, Kashmir dan Kawasan Utara Pakistan. Aliran sungai ini juga dipengaruhi musim, iaitu banyak menurun ketika musim sejuk, dan melimpahi tebing-tebingnya pada bulan-bulan monsun dari bulan Julai hingga September. Juga terdapat bukti anjakan yang tetap sepanjang aliran sungai sejak zaman prasejarah - sungai ini menyimpang ke arah barat dari mengalir ke Rann Kutch.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]