Sungai Tagus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Sungai Tagus
Tagus River Panorama - Toledo, Spain - Dec 2006.jpg
Pemandangan Sungai Tagus di Toledo, Sepanyol
Cours du Tage.png
Aliran sungai merentasi Semenanjung Iberia
EtimologiLatin Kasar taliāre, "memotong, merentasi"
Nama asalTajo (Sepanyol)
Tejo (Portugis)
Lokasi
NegaraSepanyol, Portugal
Ciri-ciri fizikal
SumberFuente de García
 • lokasiMontes Universales, Sierra de Albarracín Comarca, Teruel, Aragon, Sepanyol
 • ketinggian1,593 m (5,226 ka)
MuaraEstuari Tejo 
 • lokasi
Lautan Atlantik, berdekatan Lisbon, Portugal
 • ketinggian
0 m (0 ka)
Panjang1,007 km (626 bt)
Saiz lembangan80,100 km2 (30,900 bt2)
Aliran 
 • purata500 m3/s (18,000 ka3/s)
Ciri-ciri lembangan
Anak sungai 
 • kiriGuadiela, Algodor, Gévalo, Ibor, Almonte, Salor, Sever
 • kananGallo, Jarama, Guadarrama, Alberche, Tiétar, Alagón, Zêzere

Sungai Tagus (nama Latin; Bahasa Sepanyol: Tajo, Bahasa Portugis: Tejo) ialah sungai terbesar di Semenanjung Iberia. Sungai ini memanjang sejauh 1.038 km, dengan 716 km sungai berada di Sepanyol, 47 km merangkumi sempadan antarabangsa Portugal-Sepanyol serta baki 275 km panjang di tanah Portugal. Delta sungai ini merupakan delta sungai terbalik, dan membentuk lagun yang luas.

Sumber mata air sungai Tagus adalah Fuente de García, yang terletak di pergunungan Albarracín dan bermuara di Lautan Atlantik di Lisbon. Jambatan terbesar yang mrentasi sungai ini adalah Jambatan Vasco da Gama dengan panjang 17.2 km, menjadikan jambatan ini sebagai jambatan terpanjang di Eropah.

Kota-kota utama yang dilalui oleh sungai ini adalah Aranjuez, Toledo, Talavera de la Reina dan Alcántara di Sepanyol serta Santarem dan Lisabon di Portugal.