Sunny Days

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sunny Days
Berasal dariSeoul, Korea Selatan
GenreK-pop
Tahun aktif2012–2016
Syarikat rakaman
Haeun Entertainment
Bekas ahliJeon Minji
Zhang Bichen
Lee Gyuhee
Hwang Jihee
Kim Soohyun
Cho Seoyeon
Jung SooJung
Lee Sunkyung
Heo Jung Yoon
Hong Heuira
Da Young
Da Som

Sunny Days (Hangul: 써니데이즈) adalah band vokal wanita Korea Selatan yang debut di bawah naungan Haeun Entertainment pada tahun 2012 dengan lagu "Take Away."[1] Setelah mengalami perubahan anggota, mereka mengeluarkan single terakhir "Blah Blah" pada tahun 2015,[2] sebelum bubar pada tahun 2016.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

2012: Take Away, Glory Korea, Don't Touch Me dan penggantian anggota[sunting | sunting sumber]

Sunny Days debut dengan lagu "Take Away" pada 18 Mei 2012. Album tersebut memiliki dua lagu: "Take Away" dan "Take Away (instrumental)". Pada 19 Jun, diumumkan bahwa Minji[3] akan meninggalkan band kerana cedera pergelangan kaki dan anggota baru Seoyeon akan menggantikan tempatnya. Sunny Days juga mengambil bahagian dalam menyanyikan "Glory Korea" untuk para atlet Korea yang bertanding di Olimpiade 2012. Album single "Glory Korea" terdiri dari "Glory Korea (instrumental)" dan "One Step Closer". Album ini dikeluarkan pada 18 Julai 2012.

Sunny Days kembali dengan single promosi kedua mereka, "Don't Touch Me", yang merupakan lagu pertama mereka yang memiliki video muzik, yang dikeluarkan pada 26 Julai 2012.

2013: I Must Be Crazy, Meet a Girl Like You dan anggota baru[sunting | sunting sumber]

Sunny Days comeback dengan "I Must Be Crazy" pada 8 April 2013. Single keempat mereka, "Meeting a Girl Like You", dikeluarkan pada 31 Julai 2013. Sewaktu comeback ini, anggota Bichen dan Gyuhee direkrut untuk band ini. Bichen merupakan pemenang dari K-Pop World Festival.

2014: Sub-unit Real Vocal, penggantian anggota, I Don't Need You Boy & lagu tema Rain[sunting | sunting sumber]

Sub-unit Sunny Days, Real Vocal, debut dengan "With the Same Lips" di SBS The Show. Lagu tersebut dikeluarkan pada 12 Mac 2014. Vokalis terdiri daripada Sunkyung, Jihee dan Soohyun.

Sunny Days melakukan comeback dan menampilkan single kelima mereka "I Don't Need You Boy" (atau "Half the World Are Men") sebagai lagu comeback mereka di MBC "Show Champion" pada 30 Juli. Lagu tersebut dikeluarkan pada 31 Julai 2014 sebagai kumpulan lima anggota. Gyuhee dan Bichen meninggalkan band ini dan digantikan oleh anggota baru, Jung Yoon. Seoyeon tidak aktif dalam comeback ini kerana masalah kesihatan. Bichen meninggalkan kumpulan ini untuk bergerak solo dan menjadi peserta dalam musim ketiga dari The Voice of China, di mana dia berhasil menjadi pemenang.

Sunkyung tampil dalam lagu tema One Way Dandelion Part 2 dengan lagu "Rain" yang dikeluarkan pada 2 Disember 2014.[4]

2015: Penggantian anggota, gerila, rencana comeback, Blah Blah, dan pembubaran[sunting | sunting sumber]

Sunny Days mengalami penggantian anggota sekali lagi, kali ini Jihee, Soojung dan Soohyun meninggalkan kumpulan kerana mereka memilih untuk tidak memperbaharui kontrak mereka, meninggalkan Sunkyung dan Jungyoon di mana Sunkyung merupakan anggota asli. Setelah penelitian oleh para peminat dan beberapa penampilan Sunny Days, terungkap bahawa tiga anggota baru direkrut bagi kumpulan ini, Heuira, Dayoung dan Dasom.

Sunny Days mula mengadakan penampilan gerila di Sincheon bersama dengan kumpulan vokal lelaki Haeun Entertainment, Lose Control (LC). Mereka menampilkan pelbagai lagu dan juga beberapa cover tari dan duet oleh Sunkyung dan Heuira.

Sunny Days akan melakukan comeback pada separuh pertama tahun 2015 namun selalu ditangguhkan.

Anggota Sunny Days mulai memberi petunjuk comeback mereka melalui pengumuman Instagram pada 23 September. Beberapa minggu kemudian, Facebook rasmi Sunny Days mengganti deskripsi menjadi tarikh comeback mereka. Mereka mulai memuat naik gambar teaser dan mengeluarkan Blah Blah pada 23 September. Teaser video muzik dikeluarkan keesokannya. Peminat Sunny Days kecewa dengan comeback mereka kerana tidak berjalan dengan baik dan cemas akan pembubaran. Kemudian disahkan melalui email[5] bahwa Sunny Days telah dibubarkan.

Anggota terakhir[sunting | sunting sumber]

  • Sunkyung (2012–2016)
  • Jungyoon (2014–2016)
  • Heuira (2015–2016)
  • Dayoung (2015–2016)
  • Dasom (2015–2016)

Bekas anggota[sunting | sunting sumber]

  • Minji (2012)
  • Zhang Bichen (2013-2014)
  • Gyuhee (2013-2014)
  • Soojung (2012–2014)
  • Seoyeon (2012–2013)
  • Soohyun (2012–2014)
  • Jihee (2012-2014)

Garis waktu[sunting | sunting sumber]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Singel[sunting | sunting sumber]

Judul Tahun Posisi puncak
tangga lagu
Penjualan
KOR
[6]
"Take Away" (가져가) 2012
"Glory Korea"
"Don't Touch Me" (만지지마) 86
  • KOR: 41,292+[7]
"I Must Be Crazy" (미친게 틀림없어) 2013
"Meet A Girl Just Like You" (너랑 똑같은 여자 만나봐) 63
"I Don't Need You Boy" (세상의 반은 남자야) 2014
"Blah Blah" 2015
"—" menandakan tidak masuk dalam carta lagu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jung, Jin-young (2014-12-02). "써니데이즈, 대한민국문화연예대상 신인상 수상" [Sunny Days receives Korean Culture Entertainment awards for best new artists]. The Korea Herald (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2018-05-03.
  2. ^ "써니데이즈, 신곡 '블라블라' 발표...새 멤버 재정비 후 5인조 출격" [Sunny Days announces new song 'Blah Blah,' now a 5-member group after departures]. Ilgan Sports (dalam bahasa Korea). 2015-09-21. Dicapai pada 2018-05-03.
  3. ^ "Minji's Departure". Dicapai pada February 2015. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  4. ^ "One Way Dandelion OST Part 2". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-06. Dicapai pada February 2015. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  5. ^ OneHallyu (dalam bahasa Inggeris) https://onehallyu.com/topic/22347-%E2%99%AC-disbandment-confirmed-official-%E2%98%BCsunny-days%E2%98%BC-%EC%8D%A8%EB%8B%88%EB%8D%B0%EC%9D%B4%EC%A6%88-thread-thankyousunnydays-wewontforgetyou%E2%9C%B0%E2%99%AC/?p=17580110. Dicapai pada 2018-02-12. Missing or empty |title= (bantuan)
  6. ^ "Gaon Digital Chart" (dalam bahasa Korea). Gaon Music Chart. Dicapai pada 2018-05-03.
  7. ^ "2012, Week 31 Download Chart" (dalam bahasa Korea). Gaon Music Chart. Dicapai pada 2018-05-03.
  8. ^ "2013, Week 32 Download Chart" (dalam bahasa Korea). Gaon Music Chart. Dicapai pada 2018-05-03.
  9. ^ "2013, Week 33 Download Chart" (dalam bahasa Korea). Gaon Music Chart. Dicapai pada 2018-05-03.