Skim Wajib Tayang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Syarat Wajib Tayang)
Jump to navigation Jump to search

Skim Wajib Tayang ialah dasar yang diamalkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) untuk yang memberikan kuasa kepada sebuah Jawatankuasa Skim Wajib Tayang untuk mempertimbangkan dan menerima mana-mana filem tempatan atau filem usahasama (tempatan dan luar negara) untuk ditayangkan secara wajib di dewan wayang gambar oleh pihak pengendali pawagam, mengikut peruntukan peraturan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Skim Wajib Tayang) 2005 yang berkuatkuasa pada 23 Jun 2005.

Pempamer hendaklah menayang filem yang diluluskan selama empat belas hari berturut-turut; dan di dewan wayang gambar yang terbesar. Walau bagaimanapun, penayangan sesuatu filem yang diluluskan boleh ditukar dari dewan gambar yang terbesar kepada suatu dewan gambar yang lebih kecil jika:

  • bilangan penonton adalah kurang daripada tiga puluh peratus daripada jumlah keseluruhan tempat duduk dalam dewan wayang gambar itu selepas empat hari pertama tayangan berturut-turut; atau
  • bilangan penonton adalah tidak kurang daripada lima belas peratus daripada jumlah bilangan tempat duduk dalam dewan wayang gambar itu selepas tiga hari pertama tayangan yang berturut-turut.

Jika bilangan penonton kurang daripada 15%, pemamer bolehlah atas budi bicaranya menarik balik penayangan filem yang diluluskan Pempamer hendaklah mengemukakan suatu laporan mengenai apa-apa pertukaran dewan wayang gambar atau penarikan balik mana-mana filem yang diluluskan kepada Jawatankuasa dan peserta dalam masa dua hari dari pertukaran tersebut.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]