Pergi ke kandungan

Syarat nyata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Di dalam Kanun Tanah Negara, salah satu cara untuk mengawal penggunaan tanah adalah melalui Syarat Nyata. Syarat Nyata dimaksudkan sebagai suatu arahan atau larangan yang dikenakan dan dinyatakan di dalam hak milik bagi maksud mengawal penggunaan tanah tersebut. Contohnya "Tanah yang diberi milik ini hendaklah digunakan bagi maksud stesen minyak sahaja".

Mengikut Seksyen 120(1), Kanun Tanah Negara penentuan Syarat Nyata dibuat semasa meluluskan pemberimilikan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Manakala di bawah Seksyen 120(3) memperuntukkan syarat nyata hendaklah dinyatakan atau ditulis di dalam dokumen hak milik. Penggunaan syarat nyata mesti tidak berlawanan dengan syarat tersirat / tetap seperti yang digariskan di bawah Seskyen 120(4). Catatan seperti "Padi", "Getah/Dusun" disifatkan sebagai syarat nyata di bawah Seksyen 119 dan ia boleh dikenakan, dipinda atau dimansuhkan atas permohonan tuan tanah sebagaimana dinyatakan di dalam Seksyen 124 dan pelanggaran syarat nyata boleh mengakibatkan tanah boleh dirampas.

Bagi kategori penggunaan tanah tertakluk kepada jenis pertanian, Pihak Berkuasa Negeri boleh mengenakan syarat seperti berikut: (Pihak Berkuasa Negeri boleh menentukan jenis tanaman; melarang tanaman tertentu; menetapkan masa; menghadkan kawasan untuk membina rumah).

Bagi kategori penggunaan tanah bangunan/perindustrian, Pihak Berkuasa Negeri boleh mengenakan syarat seperti berikut: (Kawasan/bahagian yang boleh dibina; jenis/rekabentuk/bahan yang diguna; tetapkan tarikh bina/siap; dan kegunaan).[1]

  1. ^ Negara, Perunding Tanah (2013-11-07). "PENGUATKUASAAN : Kategori, Syarat dan Sekatan Tanah". PENGUATKUASAAN. Dicapai pada 2024-05-25.