Syarikat Perumahan Negara Berhad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Syarikat Perumahan Negara Berhad
Agensi Kerajaan
IndustriHartanah
Ditubuhkan21 Ogos 1997; 21 tahun yang lalu (1997-08-21)
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
Perancang utama
YBhg. Dato' Sri Hj. Mohammad bin Mentek (Pengerusi)
Laman sesawangspnb.com.my


SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB) adalah sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Dasar Perumahan Negara.

SPNB kini diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bermula 3 Ogos 2018.


VISI[sunting | sunting sumber]

Kami berhasrat melaksanakan pembangunan perumahan mampu milik yang mampan serta menepati kepuasan pelanggan melalui budaya kerja cemerlang serta menjadi pemaju yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap tanggungjawab sosial.

MISI[sunting | sunting sumber]

Menjadi pilihan pertama rakyat dalam pembangunan rumah mampu milik yang berkualiti.

MOTTO[sunting | sunting sumber]

Perumahan Untuk Semua

SEJARAH & PENCAPAIAN[sunting | sunting sumber]

1997:
21 Ogos 1997 - Penubuhan SPNB di bawah Kementerian Kewangan.

2001:
SPNB telah dilantik sebagai ejen pelaksanaan bagi pemulihan projek terbengkalai oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dalam tahun 2012, SPNB berjaya membaik pulih 14,951 unit rumah terbengkalai di seluruh negara.

USL telah ditubuhkan (51% dimiliki oleh SPNB), sebuah syarikat usahasama di antara SPNB dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). USL adalah kontraktor reka dan bina yang telah membina sebanyak 6,550 unit kuarters tentera di Lembah Klang yang siap sepenuhnya pada tahun 2008.

2002:
SPNB memperkenalkan Skim Rumah Keluarga Nelayan Terengganu. Program ini direka untuk membantu golongan berpendapatan rendah terutamanya nelayan bagi membina rumah di atas tanah milik mereka sendiri. Kerajaan menanggung subsidi sebanyak 1/3 dari harga rumah bagi menjamin harganya adalah mampu milik.

Program ini kemudiannya ditukar kepada Rumah Mesra Rakyat (RMR). Sejak itu, SPNB telah menyiapkan lebih daripada 40,000 unit RMR.

2004:
Agensi Pengurusan Bencana Negara - NADMA (dahulu dikenali sebagai Majlis Keselamatan Negara) telah melantik SPNB sebagai ejen pelaksanaan untuk menyediakan rumah bagi mangsa banjir dan tsunami di Kedah, Penang dan Acheh.

2005:
Program Rumah Mesra Rakyat telah diperluaskan ke Sabah dan Sarawak.

2008:
NADMA telah melantik SPNB sekali lagi untuk membangunkan rumah bagi mangsa banjir di Johor, Pahang, Kelantan dan Sabah.

2009:
Menerima sokongan dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. bagi pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualitu yang mematuhi ISO 9001: 2008 - Sistem Pengurusan Kualiti.

2012:
Reka bentuk baru diperkenalkan dengan menggunakan IBS (Integrated Building System) dan IBS Hybrid System.

Memperkenalkan Sistem RMR Atas Talian untuk sistem permohonan atas talian.

2014:
Rumah Idaman Rakyat diperkenalkan.

SPNB menjalani proses transformasi perniagaan di mana anak-anak syarikat baru ditubuhkan sementara anak-anak syarikat yang sedia ada telah diperkukuhkan:

  1. SPNB Aspirasi Sdn. Bhd.
  2. SPNB Idaman Sdn. Bhd.
  3. SPNB Mesra Sdn. Bhd.
  4. SPNB Edar Sdn. Bhd.
  5. SPNB Dana Sdn. Bhd.
  6. USL Sdn. Bhd.

2016:
Memenangi Pemaju Rumah Mampu Milik Terbaik di anugerah Property Insight Prstigious Developer Award (PIPDA) 2016.

MOU dengan CIDB untuk melaksanakan Sistem Penilaian Kualiti untuk Kerja-Kerja Pembinaan Bangunan (QLASSIC) untuk mengukur kualiti projek pembinaan.

2017:
SPNB Aspirasi Sdn. Bhd. telah dianugerahkan Pembinaan Bangunan Tinggi Terbaik bagi projek Aspire Residence di anugerah Property Insight Prestigious Developer Award (PIPDA) 2017.

SPNB Mesra Sdn. Bhd. memenangi Anugerah Pemaju terbaik 2017 bersempena dengan Ekspo Perumahan 2017 yang dianjurkan oleh Lembaga Perumahan Melaka.

Memenangi Anugerah Pemaju Rakyat - Malaysia International Business Award 2017 (MIBA).

SPNB menandatangani MOU dengan rakan kongsi berikut:

  1. Ajiya Berhad bagi menggunakan Ajiya Green Integrated Building Solutions (“AGIBS”) untuk pembangunan projek perumahan di bawah Kumpulan SPNB.
  2. FELDA fbagi pelaksanaan 20,000 unit RMR-FELDA bagi generasi kedua FELDA.
  3. MOU dengan MNC Wireless sebagai rakan kongsi penyelesaian teknologi digital untuk menyokong transformasi Kumpulan SPNB ke arah digitalisasi proses perniagaannya.

2018:
SPNB telah menerima anugerah di dalam 2 kategori di Asean Property Awards Malaysia 2018/2019.

  1. Best Affordable Landed Developer
  2. Personality Of The Year: YBhg Dato' Sri Hj Mohammad Bin Mentek (SPNB Chairman)