Tahmitan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mumia Llullaillaco (diawet melalui pengeringan beku)

Tahmitan atau pengawetan mayat (Tulisan Jawi: تهميتن atau ڤڠاويتن ميت) ialah seni dan sains untuk mengawet jasad atau anggota manusia dengan merawat mereka (dalam bentuk moden dengan bahan kimia) untuk menghalang pereputan. Tujuannya adalah untuk membuat si mati sesuai untuk tontonan awam atau peribadi sebagai sebahagian daripada upacara pengebumian, atau menyimpannya untuk tujuan perubatan di makmal anatomi. Tiga tujuan pengawetan ini ialah disinfeksi, persembahan dan pemeliharaan, dengan pemulihan menjadi faktor tambahan yang penting dalam beberapa keadaan. Melakukan pengawetan yang berjaya dapat membantu memelihara jasad bertahun-tahun lamanya.[1] Tahmitan mempunyai sejarah silang budaya yang sangat panjang, dengan banyak budaya menjadikan proses tahmitan lebih membawa makna keagamaan.

Tahmitan adalah berbeza dari taksidermi. Tahmitan mengawet tubuh manusia secara utuh, sedangkan taksidermi adalah mereka semula bentuk haiwan yang sering hanya menggunakan kulit makhluk yang dipasang pada bentuk anatomi.

Terminologi[sunting | sunting sumber]

Tahmitan ialah terjemahan yang digunakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk bahasa Inggeris "embalming" yang juga membawa maksud pengawetan mayat.[2] Tahmitan berasal daripada perkataan Arab tahnit (تحنيط)[3] yang membawa maksud yang sama.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Brenner-2014 tidak disediakan
  2. ^ "Istilah Bahasa Melayu: embalming". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dicapai 7 November 2018. 
  3. ^ "Istilah Bahasa Melayu: Tahmitan". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dicapai 7 November 2018. 

[1]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Abrams, J.L. Embalming. 2008.
  • Frederick, L.G.; Strub, Clarence G. [1959] (1989). The Principles and Practice of Embalming, 5th ed., Dallas, TX: Professional Training Schools Inc & Robertine Frederick. OCLC 20723376.
  • Mayer, Robert G. (2000-01-27). Embalming: History, Theory and Practice, 3rd ed., McGraw-Hill/Appleton & Lange. ISBN 978-0-8385-2187-8.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikisource-logo.svg Tahmitan. Encyclopædia Britannica (edisi ke-11). 1911. 

  1. ^ TED (2011-10-14), Jae Rhim Lee: My mushroom burial suit, dicapai 2017-02-01